5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan
Amalan yang digalakkan untuk menambahkan pahala anda ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah bersedekah dan menjauhkan diri dari hiburan berlebihan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bulan Ramadan adalah waktu paling dinanti-nanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana setiap amal kebaikan yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala 70 kali ganda.
Di bulan yang mulia ini juga, semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rugi kalau anda tidak mengambil peluang ini untuk membuat amal ibadah dan mengumpul pahala sebanyak mungkin.
BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
BACA JUGA: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua
Amalan Yang Boleh Memaksimakan Pahala Di Bulan Ramadan
Segala kebaikan walaupun sekecil zarah pastinya akan mendapat pahala yang berganda lebih-lebih lagi apabila dilakukan di bulan Ramadan.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (@aisyahshahid), terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh umat Islam bagi memaksimakan pahala anda sepanjang bulan Ramadan.
Antaranya:
1. Amalan Untuk Maksimakan Pahala: Bersedekah
Allah SWT menjanjikan setiap sedekah yang dilakukan dengan ganjaran 700 pahala. Bayangkan pula jika anda bersedekah ketika di bulan Ramadan? Memang tidak dijangkau betapa banyaknya pahala yang anda boleh kumpul.
Dapat sedekah RM1 setiap hari pun sudah memadai. Ditambah pula sekarang ini boleh ‘online transfer’, lebih mudah untuk anda bersedekah. Nilainya sedikit tidak apa, yang penting istiqamah.
2. Amalan Untuk Maksimakan Pahala: Elakkan Dari Berbual Kosong
Sepanjang bulan Ramadan, kalau boleh elakkan perbualan kosong yang tidak memberi manfaat terutamanya mengumpat dan membuka aib seseorang.
Malah, apa yang ditulis dan dimuat naik di media sosial juga perlu dijaga supaya tidak menjadikan puasa anda sia-sia kerana percakapan yang tidak berfaedah.
Ingat ya, jaga mulut, lisan dan juga pertuturan.
3. Amalan Untuk Maksimakan Pahala: Elakkan Dari Hadir Ke Perjumpaan Yang Melalaikan
Bulan Ramadan sepatutnya dipenuhi dengan meluangkan waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyakkan amal ibadah seperti melakukan Solat Sunat Tarawih, membaca al-Quran dan berzikir.
Agak rugi jika seseorang itu lebih memilih untuk hadir ke majlis sosial yang melalaikan daripada beribadah kepada Allah SWT.
4. Amalan Untuk Maksimakan Pahala: Jauhkan Diri Daripada Sebarang Hiburan
Boleh dikatakan hidup kita setiap hari dipenuhi dengan hiburan sama ada melalui media sosial, muzik, drama televisyen dan sebagainya.
Di bulan Ramadan ini, mungkin boleh kurangkan hiburan-hiburan tersebut. Kalau susah nak tinggalkan sepenuhnya, dapat kurangkan 50% pun sudah memadai.
Kalau dulu anda akan tengok dua episod drama Korea sehari, dalam bulan Ramadan ini cuba kurangkan kepada satu episod sahaja dan waktu selebihnya digunakan untuk mengaji, melalukan solat sunat, berzikir dan lain-lain.
5. Amalan Untuk Maksimakan Pahala: Kurangkan ‘Screen Time’
Di dalam zaman teknologi ini, tidak dinafikan waktu kita banyak diluangkan dengan menghadap skrin di telefon, komputer dan televisyen.
Sama seperti hiburan, kita juga perlu mengurangkan masa ‘screen-time’ bagi urusan yang tidak penting seperti bermain game dan melihat media sosial tanpa tujuan.
Buatlah kebaikan apapun masa bulan ramadan ni akan dapat pahala berganda.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) March 24, 2023
Ini 5 perkara yang kita boleh buat untuk memaksimakan pahala pada bulan Ramadan ini⤵️
Sepanjang bulan Ramadan ini, berazamlah untuk menjadi penganut Islam yang bersungguh-sungguh dalam mengajar pahala dan memanfaatkan setiap waktu terluang dengan amal kebaikan.
Bulan ini juga boleh menjadi titik permulaan kepada seseorang untuk mula memakai tudung, solat di awal waktu dan mengaji setiap hari.
Semoga setiap apa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.
Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Wanita Haid Untuk Mendapatkan Pahala Di Bulan Ramadan
Bagi sesetengah wanita yang sudah ditakdirkan mengalami haid ketika Ramadan, pasti ada yang agak kecewa kerana tidak dapat melakukan ibadah seperti solat dan juga membaca al-Quran.
Walau bagaimanapun, jangan pernah menganggap bahawa pahala anda akan berkurang kerana ada banyak lagi amalan yang anda boleh lakukan untuk terus mengutip pahala di bulan Ramadan inI.
Antaranya:
- Menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa.
- Perbanyakkan sedekah.
- Berzikir dan berdoa.
- Mendengar bacaan al-Quran.
- Menjaga percakapan.
BACA JUGA: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala
BACA JUGA: Doa Sebelum Berbuka Puasa Paling Mustajab, Ini 8 Doa Anda Boleh Baca
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.