Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala
Walaupun wanita haid diharamkan solat dan membaca al-Quran, ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan untuk mengutip pahala di bulan Ramadan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bulan Ramadan adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam untuk merebut ganjaran pahala sebanyak mungkin.
Tapi bagi sesetengah wanita yang sudah ditakdirkan mengalami haid ketika Ramadan, pasti ada yang agak kecewa kerana tidak dapat melakukan ibadah seperti solat dan juga membaca al-Quran.
Walau bagaimanapun, jangan pernah menganggap bahawa pahala anda akan berkurang kerana ada banyak lagi amalan yang anda boleh lakukan untuk terus mengutip pahala di bulan Ramadan ini.
Seorang pengguna Twitter (Aisyah Shahid) berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid dalam bulan Ramadan.
Antaranya:
1. Sediakan makanan untuk orang berpuasa
Bila tiba waktu berbuka, kita boleh menolong di dapur bagi meyediakan persiapan kepada mereka yang berpuasa.
Walaupun hanya menghulurkan sebutir kurma dan seteguk air pun dah dapat pahala.
1. Memberikan makanan kepada yang berpuasa akan memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang, bahkan walau dengan hanya memberi sebutir kurma atau seteguk air.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) April 4, 2022
2. Perbanyakkan sedekah
Bersedekah di bulan Ramadan juga membolehkan anda mendapat ganjaran pahala yang banyak.
Selain itu, amalan bersedekah ini juga boleh menghapuskan dosa seseorang dan memberi keberkatan kepada harta.
2. Banyakkan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah. Wanita haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) April 4, 2022
3. Berzikir dan berdoa
Disebabkan wanita haid diharamkan membaca al-Quran ketika dalam keadaan berhadas besar, anda digalakkan untuk berzikir dan berdoa sebanyak mungkin bagi mengumpul pahala.
3. Orang perempuan yang haid digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan. Zikir & berdoalah sebanyak-banyaknya di bulan ini tak kira sedang haid atau tidak.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) April 4, 2022
4. Mendengar bacaan al-Quran
Zaman sekarang ini di mana-mana pun kita boleh mendengar al-Quran. Nak dengar di YouTube ada, Spotify pun ada.
Banyak juga aplikasi yang diwujudkan untuk bantu umat Islam mudah untuk mendengar bacaan al-Quran.
BACA JUGA: Nur Fazura Lancar Aplikasi Mukmin Pro Untuk Umat Islam Di Bulan Ramadan
4. Mendengar bacaan Al-Quran juga boleh dilakukan oleh wanita haid. Cara yang senang boleh join mendengar di group tadarus atau boleh dengar melalui handphone.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) April 4, 2022
5. Jaga percakapan
Kalau sebelum ini kita terbiasa bergosip dengan rakan-rakan, apa kata bulan Ramadan ini kita jaga percakapan dari mengeluarkan ucapan yang sia-sia.
Menahan diri daripada mencarut dan memaki pun dapat pahala juga okey? Kalau rasa nak marah tu, lebih baik bersabar dan berzikir.
5. Jaga mulut dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia juga boleh masuk dalam list. Jaga mulut dari mengumpat, mencaci dan mencarut juga boleh memberikan pahala. Malah semua orang pun mestilah menjaga mulut masing2.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) April 4, 2022
Walaupun ada sesetengah ibadah wanita haid tidak boleh buat ketika bulan Ramadan, ada banyak lagi amalan yang anda boleh laksanakan untuk merebut ganjaran pahala dengan banyak.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk kekal bersemangat dalam beribadah dan teruskan mengejar pahala sebanyak mungkin.
BACA JUGA: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.