Now Reading
Boleh Ke Basuh Pakaian Ada Najis Dalam Mesin Basuh? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah

Boleh Ke Basuh Pakaian Ada Najis Dalam Mesin Basuh? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa jika air pada mesin tersebut mengalir sama ada secara manual atau automatik, ia perlu dibilas berkali-kali sehingga hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa agama Islam amat menitikberatkan aspek kebersihan dalam kehidupan.

Ini kerana kekotoran daripada najis bukan sahaja membatalkan solat seseorang malah ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan virus.

Isu kebersihan itu juga telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di mana mereka tidak pasti bahawa pakaian yang mempunyai najis boleh dibersihkan di dalam mesin basuh atau tidak.


Hukum Basuh Pakaian Ada Najis Guna Mesin Basuh

Sebelum ini, seorang individu telah mengajukan soalan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang apakah hukum sekiranya individu membasuh pakaian bernajis menggunakan air yang tidak mengalir atau mesin basuh automatik.

Menjawab kepada persoalan itu, Mufti menjelaskan bahawa anda perlu membasuh najis daripada pakaian tersebut terlebih dahulu kemudian mencucinya kembali menggunakan mesin basuh sekiranya air pada mesin itu tidak mengalir.

Manakala jika air pada mesin tersebut mengalir sama ada secara manual atau automatik, ia perlu dibilas berkali-kali sehingga hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.

Jika ketiga-tiga perkara itu sudah diyakini hilang, maka pakaian tersebut dikira sebagai suci.

Sumber: Freepik

Apa Itu Taharah Hakikiyyah?

Memetik sumber Mufti Negeri Perlis, taharah hakikiyyah bermaksud suci daripada kotoran najis.

Namun adakah anda tahu apakah perkara yang disifatkan sebagai satu kotoran najis?

Di sini kami kongsikan antara jenis najis yang anda perlu tahu iaitu:

#1. Perkara Yang Keluar Dari Tubuh Badan Manusia

Perkara yang keluar dari tubuh badan manusia dikira sebagai najis adalah seperti air kencing, tahi, mazi, wadi, darah haid, darah nifas, darah istihadhah dan darah mengalir dari luka.

Sementara itu, para ulama mempunyai pandangan berbeza tentang hukum air mani. Al-Imam Abu Hanifah dan al-Imam Malik RH berpandangan bahawa air mani adalah suatu najis.

Manakala al-Imam al-Syafie berdasarkan riwayat yang lebih sahih dari al-Imam Ahmad bin Hambal dan mazhab al-Zahiriyyah berpendapat bahawa ia adalah suci.

Sumber: Pexels
#2. Darah Mengalir Dari Manusia & Haiwan

Darah yang mengalir daripada mana-mana bahagian anggota badan tidak kiralah lelaki atau perempuan adalah sesuatu kotoran najis termasuklah daripada haiwan.

Walaupun begitu, darah dari serangga pepijat dan kutu tidak termasuk dalam kumpulan najis.

Bukan itu sahaja, darah yang kekal di dalam daging dan urat haiwan yang telah disembelih juga terkecuali.

Sumber: Pexels
#3. Tahi Ayam & Burung

Untuk makluman semua, tahi haiwan seperti ayam dan itik adalah najis manakala tahi burung yang berterbangan dan halal di makan sebagai contoh Merpati serta burung Ciak adalah suci. 

Tambahan pula, tahi burung yang berterbangan dan tidak halal dimakan seperti helang dan seumpamanya adalah suci di sisi al-Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf.

Sumber: Pexels
#4. Arak

Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy menyatakan arak adalah najis menurut pandangan kebanyakan ulama kerana Allah SWT telah mengharamkannya.

Maka semua kandungan yang memabukkan seseorang dikategori sebagai najis seperti memakan daging babi.

Sumber: Pexels
#5. Bangkai Haiwan

Bangkai haiwan atau serangga yang tidak memiliki darah mengalir seperti lalat adalah bukan dipanggil sebagai najis.

Namun jika haiwan itu terbentuk daripada najis seperti ulat atau cacing tandas, maka hukumnya adalah najis sama ada ianya hidup atau mati.

Selain itu, semua haiwan laut yang tidak boleh hidup melainkan berada di dalam air adalah suci walaupun setelah menjadi bangkai.

Malah, bangkai haiwan yang mati tanpa disembelih dengan cara halal juga dipanggil sebagai najis.

Sumber: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Dedah Status Sebenar Jika Air Tercemar Dengan Darah Haid


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd