Now Reading
Peguam Perjelas Susah Buktikan Majikan Ugut Letak Jawatan Jika Tiada Rakaman Video

Peguam Perjelas Susah Buktikan Majikan Ugut Letak Jawatan Jika Tiada Rakaman Video

Paksaan oleh majikan untuk berhenti bekerja adalah satu bentuk bebanan terhadap pekerja itu kerana mereka perlu mengemukakan bukti yang jelas di mahkamah bagi membuktikan diri sendiri tidak bersalah.

majikan paksa berhenti bekerja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ekonomi negara yang semakin merosot telah menyebabkan ramai belia di Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Namun bagi mereka yang sudah mendapatkan tempat di mana-mana syarikat, timbul pula isu di mana seseorang itu ada masalah dengan persekitaran bekerja lebih-lebih lagi dengan majikan dan rakan sekerja.

Antara faktor yang menyebabkan persekitaran bekerja tidak sesuai adalah kerana tidak mempunyai kesefahaman, toksik, hasad dengki dan banyak lagi.


Peguam Perjelas Mengapa Susah Untuk Buktikan Majikan Bersalah Kerana Memecat Pekerja Tanpa Alasan Kukuh

Baru-baru ini, seorang peguam dikenali sebagai Nas menerusi perkongsiannya di laman akaun TikTok miliknya (@nas.rahman) telah menjelaskan dengan mendalam tentang susahnya untuk membuktikan majikan bersalah di mahkamah apabila mereka sesuka hati memecat pekerja tanpa alasan yang munasabah.

Menurut Nas, majikan lebih suka jika pekerja yang mahu dihentikan meletakkan jawatannya sendiri. Ini kerana apabila pekerja memilih untuk berhenti secara sukarela, mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majikan.

Tambahnya, pekerja tersebut tidak boleh membawa kes ‘dismissal’ ke mahkamah perusahaan kerana tindakannya sendiri.

Sumber: TikTok (@nas.rahman)

“Kau yang dah letak jawatan sendiri, tak bolehlah nak ambil tindakan,” ujar peguam dalam video itu.

Dalam masa yang sama, Nas turut menegaskan bahawa paksaan oleh majikan terhadap pekerja untuk meletakkan jawatan adalah satu kes yang susah dibuktikan di mahkamah kerana paksaan berikut yang berbentuk lisan tiada bukti kukuh.

Selalunya, paksaan oleh majikan adalah satu bentuk bebanan terhadap pekerja itu kerana mereka perlu mengemukakan bukti yang jelas dan benar di mahkamah untuk membuktikan diri sendiri tidak bersalah.

Jika kes ini dibawa ke pihak hakim, majikan boleh sahaja menafikan segala kenyataan yang dikemukakan oleh pekerja yang tidak bersalah itu.

Namun, cara untuk membuktikan bahawa majikan anda bersalah adalah dengan mempunyai rakaman suara atau video yang jelas membuktikan bahawa mereka sedang mengugut supaya meletakkan jawatan.


Nasihat Peguam Untuk Pekerja Yang Sedang Dalam Situasi Dipaksa Oleh Majikan Untuk Meletakkan Jawatan

Nas turut menasihati para pekerja yang mengalami situasi ini untuk tidak mengalah kepada majikan dan mempedulikan paksaan dan ugutan tersebut.

Menurutnya, pekerja berkemungkinan akan terlibat dengan kes disiplin dan akan sentiasa dalam rekod kerjaya anda.

“Jika berasa apa yang kita buat tidak salah, jadi tiada sebab untuk meletakkan jawatan,” ujar peguam itu.

Adalah sebaiknya jika anda berhenti bekerja apabila telah mendapat surat penamatan daripada pihak majikan itu sendiri. Dengan cara itu, aduan boleh diajukan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) apabila pekerja itu berasa tindakan yang diambil terhadap dirinya adalah tidak munasabah.

@nas.rahman Apa nak buat jika majikan memaksa atau psiko pekerja untuk meletak jawatan? Apa yang majikan nak capai sebenanrya? Apa yang kita boleh buat untuk fight? Ikuti perkongsian dari Peguam Nas Rahman! #peguamnasrahman #peguamtiktok #learnontiktok #peguammalaysia #majikan #pekerja Majikan tak beri solat jumaat? Tonton sini@Peguam Nas Rahman ♬ original sound – Peguam Nas Rahman

Netizen Kongsi Situasi Yang Sama Pernah Terjadi Semasa Mereka Bekerja

Menjengah ke ruangan komen di hantaran tersebut, beberapa orang awam telah menceritakan tentang situasi yang lebih kurang sama terjadi pada diri mereka.

Sumber: TikTok (@nas.rahman)

“Majikan pernah memaksa untuk meletakkan jawatan, jika tidak tak boleh dapat gaji,” kata seorang wanita di komen itu.

Selain itu, ada juga yang menceritakan bahawa terdapat sesetengah majikan yang bertindak untuk menyindir orang bawahan, menyekat peluang menaikkan gaji dan tidak memberikan bonus seolah-olah sedang mencari cara supaya pekerja meletakkan jawatan.

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Langgar Terma & Syarat Atau Tak Bagi Cuti Sepatutnya? Ini Cara Untuk Report!

Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Steady Boss Macam Ni!” – Majikan Baik Hati ‘Lepak’ Sekali Dengan Pekerja Raih Pujian

Sumber: TikTok (@nas.rahman)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd