Now Reading
Kes Ebit Lew: Saksi Dakwa Telefon Bimbit Terdapat Sejarah Layari Laman Web Lucah

Kes Ebit Lew: Saksi Dakwa Telefon Bimbit Terdapat Sejarah Layari Laman Web Lucah

Analisis ke atas dua telefon bimbit itu menemukan sejarah ada melayari laman web lucah dan tangkap layar perbualan Whatsapp.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pendakwah terkenal Ebit Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan termasuk kesalahan melakukan gangguan seksual. Tertuduh didakwa membuat hantaran gambar dan perkataan lucah melalui aplikasi WhatsApp pada Mac dan Jun 2021 dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

BACA JUGA: Ustaz Ebit Lew Didakwa Di Atas Tuduhan Gangguan Seksual

BACA JUGA: Ustaz Ebit Lew Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

BACA JUGA: Mangsa Kes Gangguan Seksual Ustaz Ebit Lew Diambil Keterangan, PDRM Enggan Dedah Identiti


Ebit Lew Layari Laman Web Pornografi

Kes perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew telah berlangsung semalam (21 Jun) di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah. Menurut keterangan oleh saksi ketujuh kes, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, dia menemukan sejarah laman web lucah pada telefon yang dianalisisnya.

Latifah berkata laman web lucah yang berkenaan dilayari melalui aplikasi Google. Hasil analisis tersebut telah disimpan di dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) dan telah diserah kepada pegawai penyiasat.

Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut. Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah.

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz.

Laman Web Terbukti Berunsur Lucah

Bagi memastikan sama ada laman web berkenaan berunsur pornografi, Latifah berkata dia telah membuka beberapa laman web daripada hasil analisis tersebut dan mengesahkan ia mengandungi bahan lucah.

Menurut Latifah, antara laman web yang dilayari Ebit Lew adalah Wikipedia berkenaan ‘gangguan seksual’, ‘Undang-undang gangguan seksual di Malaysia’, ‘gurau lucah berisiko disumbat penjara’ serta ‘Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual.’

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad bertanya sama ada metadata yang dinyatakan oleh Latifah dapat dilihat dalam tangkap layar yang terdapat dalam hasil analisis. Latifah kemudiannya menjelaskan gambar pertama merupakan rumusan kesemua tangkap layar kandungan sejarah melayari laman sesawang di dalam telefon bimbit tersebut.


Kaitan Layari Laman Web Lucah Dengan Perbicaraan Kes

Ram Singh selaku peguam yang mewakili Ebit Lew mengemukakan bantahan kepada mahkamah supaya pendakwaan dibuat terhadap pertuduhan sahaja dan tidak terlalu fokus ke atas sejarah laman web yang dilawati tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya beritahu hanya beberapa (carian laman web), saya fikir perlu berhenti dan cukuplah bukti untuk itu, kita beralih kepada perkara yang berkaitan dengan pertuduhan.

Peguam, Ram Singh.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, berkata pendakwaan dilakukan dengan menyertakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan.

Keterangan ini penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang berada dalam keadaan berahi setelah melawati laman web lucah menyebabkan tertuduh hantar mesej lucah kepada pengadu. Malah, salah satu mesej tertuduh juga mengatakan ‘sedang stim’ pada tarikh-tarikh tertentu.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria.


Ebit Lew Tidak Hadir Perbicaraan, Sedang Lakukan Ibadah Haji

Ebit Lew telah mendapat kebenaran mahkamah untuk dikecualikan daripada perbicaraan semalam atas sebab menunaikan haji di Mekah.

Peguam Ram Singh mewakilinya sewaktu perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani semalam.


21 Tangkap Layar Perbualan WhatsApp Di Telefon Bimbit Lain

Pada masa yang sama, Latifah telah menganalisis satu telefon bimbit lain dan menemui 21 tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp sejak 4 Mac 2021.

Tangkap layar perbualan tersebut telah disimpan dalam cakera padat (CD).

Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan.

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz.

Menurut Latifah, beberapa tangkap layar memaparkan panggilan suara daripada penghantar pada jam 6.10 petang yang tidak dijawab. Namun begitu, tarikh panggilan suara tersebut tidak tertera.

Di samping itu, Latifah berkata terdapat juga panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada 15 Mac dan 16 Mac 2021.

Satu tangkap layar yang memaparkan tarikh 17 Mac 2021 menunjukkan cubaan semula yang cuba dihantar daripada telefon bimbit penerima kepada pengirim. Namun begitu, mesej tersebut tidak dihantar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd