Now Reading
Mangsa Kes Gangguan Seksual Ustaz Ebit Lew Diambil Keterangan, PDRM Enggan Dedah Identiti

Mangsa Kes Gangguan Seksual Ustaz Ebit Lew Diambil Keterangan, PDRM Enggan Dedah Identiti

Pihak polis menjelaskan bahawa siasatan berhubung perkara ini masih diteruskan dan pihak polis masih menunggu saksi lain tampil membantu siasatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini telah timbul satu kekecohan di media sosial selepas pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL), 36, didakwa terlibat dalam satu video tidak senonoh yang membuatkan orang ramai kurang senang.

Pada 18 Ogos yang lalu, UEL telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes dakwaan gangguan seksual tersebut.

Kredit: Harian Metro

BACA SINI: Ustaz Ebit Lew Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

Susulan kes tersebut, UEL mengeluarkan kenyataan bahawa dia memaafkan sesiapa sahaja yang mengeluarkan dakwaan berunsur fitnah kejam seperti ke atas dirinya.

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang,” ujarnya.

Setakat ini, pihak polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula UEL.

Beberapa orang saksi tampil beri keterangan kepada pihak polis

Walau bagaimanapun, pihak polis hari ini sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes gangguan seksual tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan enggan mendedahkan identiti mangsa dan jumlah saksi yang tampil bagi membantu siasatan.

Dia turut menjelaskan bahawa siasatan berhubung perkara ini masih diteruskan dan pihak polis masih menunggu saksi lain tampil membantu siasatan.

Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai yang ada maklumat boleh tampil.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd