Now Reading
Ustaz Ebit Lew Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

Ustaz Ebit Lew Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

UEL menyatakan bahawa dia akan memaafkan sesiapa sahaja dengan apa yang terjadi ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini telah timbul satu kekecohan di media sosial di mana pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL), 36, dikatakan terlibat dalam satu video yang membuatkan orang ramai kurang senang.

Malah, perkara ini ditambah pula apabila ada beberapa ustaz dan ustazah turut meminta wanita yang mungkin pernah menjadi mangsa untuk tampil kehadapan.

Menurut laporan Harian Metro semalam (18 Ogos), UEL akan dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung kes dakwaan gangguan seksual tersebut.

Kredit: Harian Metro

Ebit Lew berkata kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sini pagi tadi adalah sebagai saksi kes yang sedang disiasat polis.

Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan gosip di luar sana. Bagaimanapun saya serahkan segala-galanya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Pendakwah Bebas, Ebit Lew melalui Berita Harian.

Ebit Liew turut meluahkan bahawa kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

Pihak polis mengambil masa lebih satu jam untuk merakam kenyataan saya. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya.

Pendakwah Bebas, Ebit Lew melalui Berita Harian.

Peguam UEL, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan.

Beliau menjelaskan pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu siasatan berkenaan.

Namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Saya maafkan…”

Kredit: The Sun Daily

UEL menyatakan bahawa dia memaafkan sesiapa sahaja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual).

Malah, menurutnya orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri.

Walau bagaimanapun, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.

Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.

Pendakwah Bebas, Ebit Lew melalui Berita Harian.

Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula UEL.

Jangan buat spekulasi atau provokasi – PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut. Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd