Now Reading
[Video] “Steady Boss Macam Ni!” – Majikan Baik Hati ‘Lepak’ Sekali Dengan Pekerja Raih Pujian

[Video] “Steady Boss Macam Ni!” – Majikan Baik Hati ‘Lepak’ Sekali Dengan Pekerja Raih Pujian

Difahamkan, majikan tersebut merupakan seorang yang merendah diri dan selalu mendengar setiap permasalahan yang dihadapi pekerjannya.

Avatar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan masalah di tempat kerja pasti terjadi. Malah permasalahan di antara pekerja dan juga majikan acap kali terjadi. Lebih parah apabila ada pekerja terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tekanan yang dihadapi.

Namun harus diakui masih ada segelintir majikan yang pandai menjaga hati para pekerjanya, kerana emosi pekerja juga penentu kualiti kerja yang dihasilkan.

Majikan terima ajakan pekerja untuk ‘lepak’ bersama

Begitulah yang dilakukan seorang majikan ini apabila tular di media sosial video dirinya yang sanggup meluangkan waktu yang lama untuk makan dan ‘lepak’ bersama-sama pekerjanya

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @azlannuddin, majikannya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan ajakan pekerjanya untuk luangkan masa ‘lepak’ bersama.

https://www.tiktok.com/@azlannuddin/video/7151363950771178779

Majikan rendah diri dan sering dengar permasalahan pekerja

Difahamkan, majikannya itu seorang yang sangat merendah diri dan selalu mendengar setiap permasalahan yang dihadapi pekerjanya.

Pada video sama, kelihatan jelas raut wajah mereka yang begitu gembira meluangkan masa bersama sehingga suasana yang terang pada awalnya bertukar menjadi gelap.

“Dapat boss yang humble (merendah diri) pon satu rezeki, selalu dengar masalah driver (pemandu) dia. Thank you boss sudi luangkan masa lepak makan dengan kami, dari terang sampai gelap,” tulisnya di kapsyen.

Mendapat ‘boss’ yang baik juga satu rezeki

Selain mendapat gaji atau komisen yang tinggi, mempunyai majikan yang baik hati dan selalu bertanya khabar pekerjannya juga merupakan satu rezeki.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji cara layanan yang diberikan oleh majikan tersebut dan besyukur kerana lelaki tersebut mendapat seorang ketua yang begitu pemurah dan disenangi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd