Now Reading
Mahkamah Benarkan Rayuan Rosmah Dapatkan Pasport Untuk Melawat Nooryana Sarat Mengandung Di Singapura

Mahkamah Benarkan Rayuan Rosmah Dapatkan Pasport Untuk Melawat Nooryana Sarat Mengandung Di Singapura

Rosmah memohon pasport untuk berkunjung ke Singapura bagi tempoh 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 11 Ogos lalu, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak, memohon untuk mendapatkan pasport bagi melawat anak sulungnya, Nooryana Najwa Najib.

Nooryana yang menetap di Singapura sedang sarat mengandung dan dijangka akan bersalin pada akhir bulan ini.

Permohonan mendapatkan pasport ini merupakan kali keempat ia dibuat dan notis usul difailkan menerusi Tetuan Akberdin & Co. di Mahkamah Rayuan.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, memohon pasport untuk anak guamnya berkunjung ke Singapura bagi tempoh 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober.

Di dalam rayuannya, Rosmah menyatakan bahawa dia tidak pernah gagal menghadiri prosiding mahkamah tanpa sebab munasabah. Dia berkata akan kembali ke Malaysia untuk menghadiri prosiding rayuan kes rasuah projek solar hibrid.


Panel Hakim Izinkan Permohonan Rosmah

Keputusan permohonan itu telah dikeluarkan hari ini dengan Mahkamah Rayuan mengizinkan Rosmah mendapatkan pasportnya buat sementara waktu untuk ke Singapura, lapor Malay Mail.

Perkara itu diputuskan oleh panel tiga hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail (ketua), Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin selepas bersidang dan membenarkan permohonan Rosmah.

Nooryana Najwa (anak sulung Rosmah) akan melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat. Difahamkan pendakwaan tidak membantah permohonan ini.

Peguam, Datuk Jagjit Singh.

Mendengar makluman peguam tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn kemudiannya mengesahkan permohonan dan tidak mengemukakan sebarang bantahan.


Rosmah Disabit Bersalah Rasuah Projek Hibrid Solar

Rosmah telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September 2022. Dia disabit atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar di 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak dengan nilai RM1.25 bilion, dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Jika gagal membayar denda tersebut, Rosmah diperintahkan supaya dipenjara 30 tahun oleh Hakim, Mohamed Zaini Mazlan. Namun begitu, beliau membenarkan hukuman penjara dan denda ditangguhkan sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Sebagai rekod, rayuan pertama Rosmah memohon pasport dibuat pada 15 Oktober 2021 untuk melawat Nooryana yang baru sahaja melahirkan anak keduanya. Kemudian Rosmah membuat rayuan pada 21 Mac dan 15 Jun tahun ini juga untuk melawat Nooryana.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd