Now Reading
Gagal Bayar Tuntutan RM260k, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Isytihar Norjuma Bankrap

Gagal Bayar Tuntutan RM260k, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Isytihar Norjuma Bankrap

Pengisytiharan bankrap itu dilakukan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Siti Zulaikha Nordin @Ghani selepas mendengar petisyen kreditor yang telah difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini (21 Mac) mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma sebagai bankrap selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Pengisytiharan bankrap itu dilakukan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Siti Zulaikha Nordin @Ghani selepas mendengar petisyen kreditor yang telah difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober 2022.

Memetik Harian Metro, peguam Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun dia tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenainya.

Tambah Muhammad Hassanuddin, notis kebankrapan itu difailkan pada 26 Oktober tahun lalu.

“Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini.

“Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.


Laporan media sebelum ini menyebut Fame Up Entertainment telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Norjuma di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Ogos 2022 lbagi menuntut usahawan selebriti berkenaan membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, usaha pihak berkuasa untuk menahan Norjuma yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah juga gagal selepas dia tidak berjaya ditemui di kediamannya.

Untuk rekod, Fame Up Entertainmentsebelum ini telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020 atas dakwaaan menyebarkan fitnah sekitar tahun 2018 hingga 2020.

Posiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan diteruskan.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd