Now Reading
Genap Setahun Dipenjara, Najib Razak Dapat Cucu Perempuan Pertama

Genap Setahun Dipenjara, Najib Razak Dapat Cucu Perempuan Pertama

Melalu Instagram Najib Razak, beliau dikatakan masih belum mengetahui tentang kelahiran cucu perempuannya itu dan ahli keluarga meminta supaya orang ramai di Kajang bantu sampaikan berita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nooryana Najwa, atau lebih dikenali sebagai Yana Najib, telah selamat melahirkan anak ketiganya pada 23 Ogos baru-baru ini.

Anaknya yang diberi nama Amelia Rahah Daniyar merupakan cucu perempuan pertama kepada Datuk Seri Mohammad Najib Abdul Razak.

Yana telah membuat satu hantaran gambar bayinya di Instagram miliknya. Di bahagian kapsyen, beliau mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT serta berkata anaknya dilahirkan pada hari yang “penuh dengan nostalgia”.

23 Ogos merupakan tarikh ketika mana bapanya dimasukkan ke Penjara Kajang pada tahun lepas. Oleh itu, telah genap setahun Najib dipenjarakan ketika cucu perempuan pertamanya dilahirkan.

Yana berkata seolah-olah bayinya ingin memberitahu kepada datuknya supaya tidak bersedih pada hari itu. Beliau juga berasa pasti Najib ingin memeluk cucunya dengan penuh kasih sayang.

Dalam masa yang sama, orang ramai mempercayai bahawa nama bayi yang baru dilahirkan itu diambil sempena nama ibu kepada Najib, Allahyarhamah Tun Hajah Rahah.


Keluarga Minta Sampaikan Berita Pada Najib Razak

Gambar Amelia turut dimuat naik ke Instagram Najib dengan kapsyen yang menyatakan beliau masih belum mengetahui tentang kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.

Kapsyen tersebut yang dimuat naik pengendali akaun berkenaan, turut menyatakan bahawa berita kelahiran puteri bongsu Yana tidak dapat disampaikan kepada bekas Perdana Menteri itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, mereka meminta supaya sesiapa yang berada di Kajang untuk bantu menyampaikan berita kelahiran Amelia kepada Najib.

Terdahulu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur berjaya mendapatkan kembali pasportnya secara sementara untuk melawat Yana di Singapura.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Benarkan Rayuan Rosmah Dapatkan Pasport Untuk Melawat Nooryana Sarat Mengandung Di Singapura


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd