Now Reading
[Terkini] Waktu Kerja Mingguan Dipendekkan Kepada 45 Jam Mulai 1 September 2022

[Terkini] Waktu Kerja Mingguan Dipendekkan Kepada 45 Jam Mulai 1 September 2022

Akta Kerja 1955 yang telah dipinda akan mengurangkan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam dalam seminggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terbaharu, kerajaan telah meminda Akta Kerja 1995 dengan mengurangkan jumlah waktu bekerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam dan akan berkuatkuasa mulai 1 September 2022 ini.

Memetik laporan The Star, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata pindaan tersebut bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu bekerja selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Pindaan ini juga membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja yang lebih fleksibel.

Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik Covid-19.

Menurut laporan Malay Mail pula, Awang memaklumkan pada bulan Jun lalu bahawa pekerja boleh memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955.

Apabila permohonan dibuat, majikan hendaklah memberi jawapan kepada pekerja secara bertulis sama ada ianya ditolak atau diterima dalam tempoh 60 hari.

Jika majikan memilih untuk tidak bersetuju dengan permohonan tersebut, mereka perlu memberikan alasan bagi menjelaskan penolakan berkenaan.

BACA JUGA: Setiap Pekerja Boleh Mula Mohon Aturan Kerja Fleksibel Bermula 1 September. Get Ready!

Sumber: TRP File

Awang turut memberitahu bahawa kementerian mereka tiada sebarang cadangan untuk menetapkan empat hari bekerja dalam seminggu apabila Senator Md Nasir Hashim bertanya kepada kerajaan tentang perkara itu.

Namun begitu, langkah mengurangkan waktu bekerja berkemungkinan dapat memulihkan reputasi Malaysia sebagai salah satu negara dengan waktu bekerja mingguan paling lama serta bandar keempat paling ‘overwork’ di dunia.

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd