Netflix Turunkan Harga Langganan Basic Plan Kepada RM28 Sebulan
Penurunan harga pakej Basic Plan bagi perkhidmatan Netflix di Malaysia kepada RM28 akan diguna pakai kepada pelanggan baharu dan juga sedia ada.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Netflix merupakan langganan perkhidmatan penstriman video yang menjadi salah satu pilihan rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia untuk menonton pelbagai rancangan siri drama, dokumentari dan juga filem.
Nak tengok cerita Korea, Anime, Hollywood mahupun Hindustan seperti Dilwale dan Kabhi Kushi Kabhi Gham pun ada.
Malah, rancangan terbitan Netflix sendiri juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat seluruh dunia seperti:
- Squid Game
- Physical 100
- Stranger Things
- You
- The Glory
- Inventing Anna
- Bridgerton
- Emily in Paris
BACA JUGA: Squid Game Bakal Kembali Dalam Musim Kedua Di Netflix. Get Ready!
Bukan setakat filem dan drama antarabangsa, filem tempatan seperti Mat Kilau juga pernah ditayangkan di Netflix untuk tontonan ramai.
BACA JUGA: Filem Mat Kilau Kini Boleh Ditonton Di Netflix Mulai 16 September Ini
BACA JUGA: Trailer Dokumentari MH370 Di Netflix Terima Pelbagai Reaksi Seluruh Dunia

Netflix Turunkan Harga Langganan Basic Plan Dari RM35 Kepada RM28
Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Instagram (@netflixmy), pihak pengurusan Netflix Malaysia telah bersetuju untuk menurunkan harga pakej Basic Plan di Malaysia daripada RM35 kepada RM28 sebulan.
Penurunan harga sebanyak RM7 yang berkuat kuasa bermula hari ini akan diguna pakai kepada pelanggan baharu dan juga sedia ada.
Kepada pelanggan sedia ada, kemaskini bakal dibuat dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bil untuk bulan berikutnya.
Dengan penurunan harga pakej Basic Plan ini, Netflix mengharapkan agar lebih ramai penonton dapat melihat pelbagai rancangan berkualiti tinggi di mana-mana sahaja mereka berada.
Malah, harga ini merupakan harga yang paling rendah pernah ditawarkan sejak Netflix ditubuhkan pada tahun 2016 dengan pakej Basic Plan berharga RM33 sebelum dinaikkan kepada RM35 pada tahun 2020.
Apa Yang Ditawarkan Dalam Pakej Basic Plan Netlix Ini?
Dengan harga RM28, anda juga boleh menonton pelbagai rancangan di Netflix dengan lebih berkualiti.
Kalau dahulu pelanggan Basic Plan hanya boleh menonton rancangan dengan kualiti 480p SD, pada November lalu Netflix telah menaik taraf kualiti untuk pelanggan pakej ini kepada 720p HD.
Anda juga boleh menonton rancangan Netflix menggunakan mana-mana gajet seperti di telefon bimbit, tablet, komputer dan televisyen.
Walay bagaimanapun, pelanggan Basic Plan hanya boleh menggunakan satu alat sahaja pada satu masa untuk melihat rancangan di Netflix.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram