Now Reading
Sofyank Hasilkan Video Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave, Promosikan Filem Extraction 2 Di Netflix

Sofyank Hasilkan Video Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave, Promosikan Filem Extraction 2 Di Netflix

Sofyank mengambil masa sekitar tiga minggu untuk menyiapkan video kolaborasi bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave yang hanya membabitkan tempoh lakonan selama empat minit.

SOFYANK CHRIS HEMSWORTH (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bila sebut nama Sofyank, mesti ramai yang sudah mengenali influencer dan artis VFX Malaysia ini kerana telah menghasilkan pelbagai jenis video dengan suntingan yang cukup memukau.

Terdahulu, Sofyank telah berkolaborasi dengan beberapa artis luar negara termasuklah pelakon filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania iaitu Ryan Reynolds dan Will Smith untuk membuat video pendek.

Bukan itu sahaja, Sofyank atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah juga pernah melakukan video bersama artis VFX terkenal dunia iaitu Zach King.

BACA JUGA: Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

BACA JUGA: Sofyank96 Creating Yet Another Magic With Antman And Kang The Conqueror


Sofyank Hasilkan Video Dengan 2 Lagi Artis Antarabangsa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter Sofyank (@sofyank96), artis VFX Malaysia ini sekali lagi berjaya menghasilkan video dengan berkolaborasi bersama dua artis antarabangsa iaitu Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.

Sofyank menceritakan video itu dilakonkan hanya dalam tempoh empat minit sahaja dan lebih menarik lagi, dia juga berpeluang untuk turut berlakon bersama Chris serta Sam.

Bagi Sofyank, pengalaman berharga yang diberikan oleh pihak Netflix Malaysia kepada dirinya untuk menghasilkan video mempromosikan filem Extraction 2 adalah sesuatu yang sangat berharga.

Video tersebut yang disunting dengan kesan khas telah berjaya disiapkan oleh Sofyank dalam tempoh sekitar tiga minggu.

Kalau anda tengok video sebelum dan selepas yang dimuat naik oleh Sofyank, memang cukup mengagumkan.

Bukan semua orang ya berbakat dan mempunyai kemahiran sama untuk melakukan video seperti itu.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Video Kolaborasi Sofyank Bersama Chris Hemsworth Dan Sam Hargrave

Video dengan kesan khas yang dimuat naik oleh Sofyank itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai selepas menontonnya.

Kebanyakan netizen memuji video yang dihasilkan dengan suntingan yang cukup padu bersama dua pelakon hebat.

Malah, mereka juga mengucapkan tahniah kepada Sofyank kerana berusaha gigih untuk menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi inspirasi kepada penggiat seni Malaysia untuk memajukan industri perfileman tempatan.

Dalam pada itu, segelintir netizen pula memberi pendapat bahawa Sofyank perlu mempunyai skrip dan jalan cerita yang lebih baik untuk menghasilkan video.


Sofyank Pernah Dinobatkan Sebagai Juara Pertandingan Di Amerika Syarikat

Pada bulan April lalu, Sofyank telah dinobatkan sebagai juara bagi sebuah pertandingan ‘Ultimate Vfx Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh content creator, Zach King.

Dalam pertandingan tersebut, para peserta telah diberikan tugasan untuk menghasilkan video ‘magik’ dalam tempoh 72 jam.

Siapa sangka anak muda berusia 27 tahun yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut mengalahkan peserta lain dari pelbagai negara.

Kejayaan itu juga membanggakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada Sofyank.

BACA JUGA: Anwar Congratulates Kelantan Chap ‘Sofyank’ Who Struck Gold In The US


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd