Now Reading
Netflix Malaysia Mohon Maaf, Dakwaan Pelakon Iedil Dzuhrie Hilang Di Manila Hanya Gimik Untuk Filem

Netflix Malaysia Mohon Maaf, Dakwaan Pelakon Iedil Dzuhrie Hilang Di Manila Hanya Gimik Untuk Filem

Netflix Malaysia memberi jaminan bahawa pelakon Iedil Dzuhrie dalam keadaan selamat dan tidak ‘hilang’ seperti yang disebarkan di media sosial.

Netflix Malaysia Mohon Maaf Atas Dakwaan Pelakon Iedil Putra Hilang Di Manila (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pada 5 Jun lalu, beberapa pelakon terkenal Malaysia telah dijemput oleh Netflix untuk majlis pelancaran filem ‘Extraction 2’ di Manila, Filipina.

Antara pelakon dari Malaysia yang turut menghadiri majlis tersebut adalah Aaron Aziz dan Iedil Dzuhrie.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram (@iedilputra), mereka turut berkongsi pentas dengan pelakon antarabangsa iaitu Chris Hemsworth dan Sam Hargrave!

BACA JUGA: “Alhamdulillah Untuk Peluang”- Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Kongsi Pentas Bersama Chris Hemsworth [Video]


Iedil Dzuhrie Dikatakan Hilang Selepas Menghadiri Majlis Netflix Di Manila?

Namun baru-baru ini, tular dakwaan tentang kehilangan pelakon Iedil Dzuhrie yang dikatakan tidak dapat dihubungi sejak menghadiri majlis Netflix di Manila, Filipina.

Dakwaan tersebut juga dimuat naik di laman Instagram pelakon berkenaan (@iedilputra) semalam (18 Jun).

Urgent! Ada sesiapa nampak Iedil? Kami tidak mendengar khabar dari dia sejak majlis Netflix di Manila. Kami tertanya-tanya apa yang berlaku kepada dia sebab dah cuba untuk menghubunginya secara peribadi tetapi tiada jawapan.

Hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Iedil Putra.

Dalam pada itu, individu yang memuat naik hantaran itu juga meminta agar orang ramai yang mengetahui lokasi Iedil untuk segera memaklumkan kepada mereka menerusi hantaran mesej di media sosial.


Netizen Luah Rasa Kurang Senang Dengan Gimik Filem Yang Dibuat Dengan Memalsukan Kehilangan Iedil Dzuhrie

Di ruangan komen hantaran yang dimuat naik tentang kehilangan Iedil, ramai netizen yang meluahkan rasa bimbang dan risau dengan keselamatan pelakon tersebut.

Namun ada juga yang boleh menghidu perkara itu sebagai salah satu gimik untuk mempromosikan filem di Netflix.

Malah, sesetengah netizen tidak berapa setuju jika benar berita ‘kehilangan’ itu merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran untuk promosi filem kerana menganggap kes kehilangan seseorang tidak sepatutnya dipermainkan.


Netflix Malaysia Minta Maaf Atas Dakwaan Kehilangan Iedil Dzuhrie Yang Hanya Bertujuan Untuk Gimik Filem

Berita tentang ‘kehilangan’ pelakon tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai.

Walau bagaimanapun, Iedil yang dilaporkan ‘hilang’ itu sebenarnya berada dalam keadaan selamat dan dakwaan tentang ‘kehilangan’ pelakon itu dikatakan sebahagian daripada promosi pemasaran filem sahaja.

Memetik laporan Astro Awani, Netflix Malaysia memberi jaminan kepada orang ramai bahawa perkara berkenaan adalah gimik semata-mata.

Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai siaran dalam talian baru-baru ini mengenai kehilangan Iedil. Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran. Iedil kini selamat dan sihat.

Netflix Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak Netflix Malaysia turut membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan kebimbangan masyarakat disebabkan kempen promosi itu.

Kami amat menghargai pemahaman dan sokongan anda pada masa ini. Terima kasih kerana menghormati komitmen Iedil terhadap kraf dan kerjanya. Butiran lanjut mengenai kempen akan didedahkan tidak lama lagi.

Netflix Malaysia.

Siapa Iedil Dzuhrie?

Iedil Dzuhrie atau nama sebenarnya Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin merupakan seorang pelakon dan pengacara lelaki di Malaysia.

Dia yang dahulunya dikenali dengan nama pentas Iedil Putra merupakan anak kepada anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid.

Sumber: Instagram @iedilputra

Kerjayanya sebagai pelakon bermula pada tahun 1998 ketika berusia 14 tahun dengan memegang watak sebagai Rudy dalam filem ‘Iman Alone’ arahan Datuk Rahim Ghazali.

Antara filem lain yang pernah dibintangi oleh Iedil adalah seperti:

  • Ngorat (2011)
  • Terbaik Dari Langit (2014)
  • Interchange (2016)
  • J Revolusi (2017)
  • The Asisstant (2022)

Selain itu, Iedil juga diberi peluang untuk menjadi latar suara bagi watak Tak dalam animasi Kampung Boy pada musim pertama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd