Now Reading
Sofyank Tunjuk Hasil Edit Video Promosi Drama W: Two Worlds, Netizen Puji Kualiti Setaraf Marvel

Sofyank Tunjuk Hasil Edit Video Promosi Drama W: Two Worlds, Netizen Puji Kualiti Setaraf Marvel

Sofyank menjelaskan penggambaran video promosi untuk drama bersiri W: Two Worlds versi Malaysia hanya dilakukan selama 18 jam tetapi mengambil masa sebulan untuk disunting.

sofyank video promos w two world (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut nama Sofyank, mesti ramai mengenalinya sebagai individu yang berbakat dalam bidang suntingan visual dengan grafik mengagumkan.

Meskipun baru berusia 27 tahun, influencer dan artis VFX Malaysia ini telah banyak berkolaborasi dengan penggiat seni antarabangsa seperti pelakon filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania iaitu Ryan Reynolds dan Will Smith.

Bukan itu sahaja, Sofyank atau nama betulnya Muhammad Sofian Abdullah juga pernah melakukan video 19 saat bersama seorang lagi artis VFX popular iaitu Zach King.

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank Hasilkan Video Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave, Promosikan Filem Extraction 2 Di Netflix


Sofyank Sunting Video Untuk Promosi Drama W TWO World Dengan Gabungan Gaya Komik

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @sofyank96), artis VFX Malaysia ini sekali lagi mengagumkan orang ramai dengan hasil suntingan videonya bersempena dengan promosi drama bersiri W: Two Worlds versi Malaysia yang bakal ditayangkan di platform Viu Malaysia.

Sofyank menjelaskan penggambaran video berkenaan hanya dilakukan selama 18 jam tetapi proses untuk menyunting video berdurasi 2 minit 40 saat itu mengambil masa sehingga satu bulan.

Sumber: X (Twitter @sofyank96)
Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Kalau anda tonton video tersebut, ia adalah satu perkara yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia kerana tidak ramai individu yang mempunyai bakat sedemikian.

Gabungan visual realiti, kartun dan komik itu menjadikan video tersebut kelihatan unik.

Selain ditugaskan untuk menyunting video, Sofyank juga turut berlakon dalam video promosi berkenaan bersama pelakon tempatan, Mierul Aiman.


Netizen Puji Video Suntingan Sofyank Setanding Filem Antarabangsa

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas menonton video tersebut dan rata-rata daripada mereka memuji bakat suntingan Sofyank yang terus bertambah baik.

Siap ada yang memuji video suntingannya itu hampir setaraf dengan filem-filem antarabangsa seperti Marvel dan Transformers.

“Boleh lawan CGI dalam Marvel. Saya yakin awak boleh ubah industri hiburan tempatan,” kata seorang influencer dikenali sebagai Ceddy.

Namun, segelintir netizen pula berpendapat video berkenaan boleh diperbaiki dari segi skrip, jalan dan juga lakonan.

Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Sofyank Pernah Dinobatkan Sebagai Juara Pertandingan Di Amerika Syarikat

Pada bulan April lalu, Sofyank telah dinobatkan sebagai juara bagi sebuah pertandingan ‘Ultimate Vfx Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh content creator, Zach King.

Dalam pertandingan tersebut, para peserta telah diberikan tugasan untuk menghasilkan video ‘magik’ dalam tempoh 72 jam.

Siapa sangka anak muda berusia 27 tahun yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut mengalahkan peserta lain dari pelbagai negara.

Kejayaan itu juga membanggakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada Sofyank.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Terus Rasa Sebak” – Soyfank Hasilkan Video VFX Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipuji Warganet

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Congratulates Kelantan Chap ‘Sofyank’ Who Struck Gold In The US


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd