Now Reading
[Video] “Terus Rasa Sebak” – Soyfank Hasilkan Video VFX Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipuji Warganet

[Video] “Terus Rasa Sebak” – Soyfank Hasilkan Video VFX Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipuji Warganet

Sofyank telah menyunting sebuah video VFX untuk menyebarkan kebenaran tentang isu Palestin kerana banyak media telah memanipulasi perkara sebenar yang berlaku di sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keganasan rejim Israel di Gaza yang sudah berlarutan sejak 7 Oktober lalu dilihat semakin menjadi-jadi apabila angka mangsa terkorban meningkat iaitu lebih 7,000 orang.

Susulan itu, orang ramai serata dunia telah menunjukkan sokongan hebat kepada saudara seperpejuangan di Palestin yang terkesan dalam peperangan tersebut.

Seperti yang boleh dilihat di laman sosial, ramai influencer telah menggunakan platform yang mempunyai pengikut ramai bagi menyebarkan kesedaran tentang isu Palestin kepada masyarakat.


Sofyank Hasilkan Video Kreatif Untuk Sebarkan Kebenaran Tentang Keganasan Di Palestin

Seperti baru-baru ini, influencer dan Artis VFX Malaysia iaitu Muhammad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank telah memuat naik satu hantaran di laman X (Twitter @sofyank96), menyaksikan video kreatif yang dihasilkannya untuk memberi sokongan kepada rakyat Palestin.

Dalam klip video itu, Sofyank telah mencetak beberapa helai kertas dengan lukisan rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa di tanah air mereka.

Untuk info, lukisan itu adalah hasil karya seni seorang alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Selepas selesai dicetak, dia telah memotong lubang di beberapa bahagian lukisan seperti pada mata kanak-kanak kartun itu.

Sofyank kemudian mengambil setiap lukisan berkenaan dan menampalkannya pada beberapa keping kadbod sebagai bingkai gambar.

Setelah semua karya seni itu mempunyai tapak, dia telah menyusunkan kesemua lukisan di atas sebuah tembok dalam satu barisan lurus.

Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Sofyank Guna Bakat VFX Untuk Edit Video Berkaitan Isu Palestin

Selepas segala prop telah tersedia, Sofyank kemudian menggunakan kepakarannya dalam bidang VFX untuk menyunting video tersebut dengan menunjukkan kesengsaraan yang dihadapi oleh warga Palestin pada ketika ini.

Dalam hantaran berkenaan, Sofyank turut menjelaskan bahawa banyak media sedang memanipulasi kebenaran dan realiti sebenar yang terjadi di Gaza.

Antara mesej lain yang disampaikan menerusi ruangan kapsyen video itu adalah bahawa semua lapisan masyarakat mempunyai kuasa hebat dalam menyebarkan tentang apa sahaja yang sebenarnya berlaku di sana.

Di akhir perkongsian itu, Sofyank turut menyertakan visual bendera Malaysia dengan kapsyen #WestandwithPalestine.

Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Netizen Kagum Lihat Cara Sofyank Sampaikan Kebenaran Tentang Isu Palestin

Menjengah ke ruangan balas di laman X, rata-rata warganet telah memuji dan berasa kagum dengan usaha Sofyank menggunakan kemahiran VFX dalam menyampaikan mesej yang bermakna itu.

“Karya seni yang indah dan meninggalkan kesan mendalam kepada jiwa,” ujar seorang netizen.

Ada juga netizen yang dilihat mengucapkan terima kasih kepada influencer tersebut kerana menggunakan platform sedia ada dengan bijak bagi menyebarkan kebenaran isu keganasan di Palestin.

“Jangan berhenti bercakap tentang Palestin. Good job Sofyank!” kata seorang wanita.

Sumber: Instagram (@sofyank96)

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank & Zach King Pertama Kali Buat Video Bersama, Raih Lebih 5 Juta Tontonan Kurang Dari 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank96 Creating Yet Another Magic With Antman And Kang The Conqueror

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank Hasilkan Video Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave, Promosikan Filem Extraction 2 Di Netflix


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd