Now Reading
[Video] Lakonan Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Bersama Chris Hermsworth Raih Pelbagai Reaksi

[Video] Lakonan Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Bersama Chris Hermsworth Raih Pelbagai Reaksi

Video promosi untuk filem Extraction 2 dilakonkan oleh Aaron Aziz, Iedil Dzuhrie dan Fify Azmi.

[Video] Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Bersama Chris Hermsworth Raih Pelbagai Reaksi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pelakon terkenal Malaysia iaitu Aaron Aziz dan Iedil Dzuhrie sebelum ini telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran filem ‘Extraction 2’ di Manila, Filipina.

Mereka turut berkongsi pentas dengan pelakon antarabangsa iaitu Chris Hemsworth dan Sam Hargrave!

BACA JUGA: “Alhamdulillah Untuk Peluang”- Aaron Aziz & Iedil Dzuhrie Kongsi Pentas Bersama Chris Hemsworth [Video]

Malah, Netflix Malaysia juga telah membuat gimik untuk filem tersebut dengan memalsukan berita kehilangan pelakon Iedil Dzuhrie yang dikatakan gagal dikesan di Manila selepas menghadiri majlis Netflix.

Berita tentang ‘kehilangan’ pelakon tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai dan Netflix Malaysia tampil memberikan penjelasan ia adalah gimik semata-mata.

BACA JUGA: Netflix Malaysia Mohon Maaf, Dakwaan Pelakon Iedil Dzuhrie Hilang Di Manila Hanya Gimik Untuk Filem

Sumber: Instagram @iedilputra

Aaron Aziz Dan Iedil Dzuhrie Berlakon Dalam Video Promosi Filem Extraction 2

Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa dua orang pelakon tersebut berkongsi pentas dengan Chris Hemsworth dan Sam Hargrave walaupun tidak berlakon dalam filem Extraction 2?

Persoalan orang ramai terjawab selepas Netflix Malaysia memuat naik video promosi filem berkenaan di laman TikTok mereka (@netflixmy).

Video promosi itu yang turut dilakonkan oleh aktres Fify Azmi menunjukkan mereka meminta pertolongan daripada Chris Hemsworth serta Sam Hargrave untuk menyelamatkan rakan mereka iaitu Iedil.

Dalam video berkenaan, Aaron dan Fify dilihat berlawan dengan kumpulan penjahat untuk membebaskan Iedil yang diculik dan ditahan di atas pintu gerbang Penjara Pudu.

Tiga hari selepas misi menyelamat berjaya dilakukan, Aaron dan Iedil berjumpa dengan Chris Hemsworth untuk memberikan sebilah keris sebagai tanda terima kasih atas pertolongan yang diberikan.

Chris Hemsworth juga dilihat mengucapkan terima kasih dalam bahasa Melayu. Lancar juga ya percakapannya.

https://www.tiktok.com/@netflixmy/video/7247126096305474818?lang=en

Video Promosi Filem Extraction 2 Ini Raih Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat video promosi filem tersebut. Ada yang memuji lakonan Aaron Aziz dan pelakon lain di dalam video tersebut.

Siap ada yang beri cadangan supaya filem Extraction 3 dilakukan di Malaysia pula. Wah, macam menarik!

Namun, ada juga yang mengecam lakonan mereka yang dikatakan agak ‘kayu’ dan kualiti jurukamera yang tidak hebat jika dibandingkan dengan filem sebenar Extraction 2.

Filem Extraction 2 berdurasi dua jam tiga minit ini boleh ditonton di Netflix bermula 16 Jun 2023. Selepas selesai tengok filem itu, kongsilah dengan kami ‘review’ anda. Sebelum itu, jom tengok trailer dahulu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd