Now Reading
[Video] Ancaman Bom Di 19 Sekolah Di Malaysia: Aaron Aziz Nasihat Ibu Bapa Kekal Tenang

[Video] Ancaman Bom Di 19 Sekolah Di Malaysia: Aaron Aziz Nasihat Ibu Bapa Kekal Tenang

Terdahulu, Ketua Polis Negara memaklumkan terdapat 19 buah sekolah di seluruh negara menerima ancaman bom berkenaan antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (21 November), negara digemparkan dengan sembilan ancaman bom melibatkan sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, ancaman itu melibatkan dua buah sekolah di Kuala Lumpur dan tujuh buah sekolah di Selangor.

Difahamkan, pihak sekolah menerima e-mel dari individu yang tidak dikenali mengenai ancaman bom tersebut.

Ketua Polis Negara kemudiannya memaklumkan terdapat 19 buah sekolah di seluruh negara turut menerima ancaman bom berkenaan termasuk Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Sekolah Anak Aaron Aziz Turut Tersenarai Terima Ancaman Bom

Terbaharu, pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa sekolah anak perempuannya, Dahlia Arissa turut didakwa menjadi salah satu sekolah yang menerima ancaman bom berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Aaron berkongsikan detik cemas dan keadaan huru-hara ketika mengambil Dahlia di sekolah.

“Ada ancaman bom, sembilan sekolah terima ancaman bom kalau tak salah saya. Kita disuruh oleh pihak sekolah untuk datang ambil anak-anak. Sekolah anak saya salah satu daripadanya.

“Jadi sekarang tengah huru-hara, keluarga semua tengah kelam kabut, orang semua tengah potong barisan,” kata pelakon berkenaan menerusi video tersebut.

Aaron Aziz Nasihat Ibu Bapa Jangan Panik

Ekoran daripada itu, Aaron sempat menasihatkan ibu bapa yang terlibat agar kekal tenang dan mengikut arahan yang ditetapkan supaya keadaan menjadi terkawal

“Saya faham semua tengah panik tapi dalam situasi begini, kekal tenang. Jangan jadi kancheong (cemas) ok? Ikut arahan.

“Kalau semua panik, macam mana mereka (sekolah) nak kawal keadaan selamat baik untuk ibu bapa, pelajar dan cikgu,” kata Aaron.

Zahir Penghargaan Kepada PDRM & Pihak Sekolah

Menerusi hantaran tersebut juga, pelakon utama KL Gangster itu turut menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak sekolah atas tindakan pantas dalam berhadapan dengan situasi berkenaan.

Dia bagaimanapun menjelaskan sekolah anaknya belum lagi menerima apa-apa e-mel ancaman namun berbuat demikian atas faktor keselamatan.

“Terbaik tindakan PDRM, cepat dan profesional ketika kecemasan, kalau boleh jangan panik.

“Setakat ini sekolah Dahlia tidak menerima email ancaman tersebut namun sekolah mengambil langkah berjaga-jaga. Saya suka tindakan pantas yang diambil sekolah ini.

“Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru hara, lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak juga,” tulisnya menerusi kapsyen.

Untuk info, tujuh buah sekolah di Selangor menerima ancaman manakala dua sekolah di Kuala Lumpur.

Johor pula melibatkan tiga buah sekolah, Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Pulau Pinang pula dua sekolah.

Menurut PDRM dalam satu kenyataan, pihaknya menerima 19 laporan berhubung ancaman bom palsu yang dihantar melalui dua akaun e-mel yang menggunakan nama ‘Taktsrorer’ dari bahasa jerman yang bermaksud ‘penganggu ketenteraman’ dari penyedia perkhidmatan e-mel Beeble.com

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA Ancaman Bom Palsu (Bom Hoax).

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 21 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan 9 Sekolah Di Lembah Klang Terima Ancaman Bom Hari Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd