Now Reading
Squid Game Bakal Kembali Dalam Musim Kedua Di Netflix. Get Ready!

Squid Game Bakal Kembali Dalam Musim Kedua Di Netflix. Get Ready!

Menurut penerbit eksekutif drama bersiri Squid Game, pembikinan musim kedua ini masih dalam peringkat awal.

Squid Game musim kedua netflix

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas ditayangkan buat pertama kali di Netflix pada 17 September 2021, siri Squid Game menjadi fenomena di seluruh dunia.

Walaupun mengambil masa 12 tahun untuk ditayangkan kepada umum, namun siapa sangka siri ini terus ‘meletop’ selepas 12 hari sehingga menjadi siri Netflix yang paling popular dalam sejarah.

Squid Game telah menerima pelbagai trofi kemenangan di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2022 di Santa Monica, Amerika Syarikat seperti:

  • Lee Jung-Jae memenangi kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik.
  • Jung Ho-Yeon memenangi Pelakon Drama Wanita Terbaik.
  • Drama Aksi Terbaik.

Selain itu, Squid Game turut memenangi anugerah siri TV jangka panjang terbaik di Anugerah Gotham dan menjadi pemenang pertama dari Korea Selatan.

Squid Game bakal keluar musim kedua

Baru-baru ini, Netflix menerusi laman Instagram rasmi mereka (netflixmy) mengumumkan drama bersiri Korea Selatan ini akan kembali dalam musim kedua.

Kemunculan Squid Game musim kedua semakin menjadi perhatian orang ramai rakyat Malaysia selepas patung terkenal di dalam siri ini dilihat di hadapan pusat beli-belah Fahreintheit88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Terkejut pula nanti tiba-tiba mata patung itu keluar laser merah. Risau ya!

Menurut laporan media, Penerbit Eksekutif Kim Ji-yeon menjelaskan bahawa siri Squid Game musim kedua ini masih dalam peringkat awal pembikinannya.

Buat masa sekarang, kami sedang mengusahakan skrip dan merancang bentuk cerita. Tetapi pastinya terdapat banyak tekanan untuk menjadikan musim kedua lebih baik. Kebanyakan penonton siri ini datang dari seluruh dunia dan kami akan menjadikan Squid Game kali ini menarik untuk masyakat global.

Penerbit Eksekutif Kim Ji-yeon.

Tak sabarnya nak tunggu musim kedua Squid Game! Mesti permainan kali ini lebih mencabar. Penonton yang tengok pun berdebar kononnya seperti salah seorang peserta.

BACA JUGA: Youtuber Cuba Taktik Tug of War Dalam Squid Game. Menjadi Ke?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd