Now Reading
Trailer Dokumentari MH370 Di Netflix Terima Pelbagai Reaksi Seluruh Dunia

Trailer Dokumentari MH370 Di Netflix Terima Pelbagai Reaksi Seluruh Dunia

Dokumentari “MH370: The Plane That Disappeared” akan ditayangkan di Netflix bermula 8 Mac 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Meskipun sudah hampir sembilan tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MH370) pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun misteri ini masih menjadi tanda-tanya orang ramai hingga kini.

Manakan tidak, pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 orang penumpang serta 12 anak kapal itu hilang begitu sahaja tanpa sebarang berita.

Malah, pelbagai alat teknologi yang canggih digunakan serta operasi pencarian dilakukan melibatkan pasukan keselamatan dari seluruh dunia tetapi pesawat itu masih tidak ditemui.

BACA JUGA: Jurutera Britain Dakwa Temui Lokasi Pesawat MH370 Di Lautan Hindi

BACA JUGA: “Kau Setakat Google..” – Berang Sebar Info Tak Tepat, Waris MH370 ‘Sekolahkan’ PrinceMeed [Video]

Sumber: Airline Rating

Netflix Muat Naik Trailer Dokumentari “MH370: The Plane That Disappeared”

Misteri kehilangan pesawat MH370 ini mendapat perhatian seluruh dunia sehingga pihak Netflix berminat untuk merungkai persoalan ini dengan menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk “MH370: The Plane That Disappeared”.

Trailer berdurasi 1:51 minit itu memberikan sedikit gambaran tentang keseluruhan dokumentari berkenaan yang bakal ditayangkan di Netflix pada 8 Mac 2023.

Antara persoalan utama yang yang dibangkitkan dalam dokumentari ini adalah siapa yang bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat MH370.

Salah seorang ahli keluarga mangsa iaitu isteri kepada kru kapal terbang MH370 Mohd Hazrin Mohamed turut memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya (intanmaizuraothaman) ketika sedang berada di set penggambaran.

Trailer Dokumentara MH370 Di Netflix Terima Pelbagai Reaksi Seluruh Dunia
Sumber: Instagram @intanmaizuraothaman

Masyarakat Seluruh Dunia Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Trailer Dokumentari MH370

Video trailer dokumentari “MH370: The Plane That Disappeared” yang dimuat naik di semua platform Netflix di media sosial dan juga YouTube telah mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat seluruh dunia.

Ada yang ternanti-nantikan tayangan dokumentari ini dan pada masa sama, mereka juga meluahkan rasa sedih apabila teringat kembali tragedi misteri tersebut.

Namun, sesetengah pengguna media sosial pula mendakwa tindakan menghasilkan dokumentari tentang kehilangan pesawat ini untuk mengaut keuntungan tidak sepatutnya berlaku.

Malah ada yang enggan menonton dokumentari tersebut jika masih tiada jawapan kepada misteri ini.

Terdapat banyak teori tentang kehilangan misteri MH370.

Antara pandangan yang diberikan tentang insiden ini adalah ia berlaku kerana kegagalan mekanikal pesawat hingga kemungkinan dirampas (hijacked) atau terdapat rancangan murder-suicide yang didalangi oleh juruterbang.

Walau bagaimanapun, laporan penyiasatan akhir MH370 yang dikeluarkan pada tahun 2018 tidak menjumpai sebarang bukti kukuh kepada kehilangan pesawat MH370 ini.

Sehingga kini, misteri MH370 masih tidak menemui jawapannya.

BACA JUGA: Mengingati MH370: 8 Tahun Lenyap, Namun Kepulangan Masih Dinanti


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd