Now Reading
RapidKL Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1 Pas My50 Hingga 7 November Ini

RapidKL Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1 Pas My50 Hingga 7 November Ini

Promosi pembelian pas My50 untuk dua orang dengan satu harga seperti yang ditawarkan oleh RapidKL ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan baharu sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada mereka yang belum pernah melanggan apa-apa pas RapidKL dan menggunakan perkhidmatan ini setiap hari untuk ke tempat kerja atau pelbagai lokasi lain, ada berita baik untuk anda!

RapidKL sekali lagi menjalankan promosi beli 1 percuma 1 mereka untuk pelanggan baru pas My50.

Bermula 1 November sehingga 7 November ini, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan dua pas dengan satu harga sahaja. Memang berbaloi!

Bila anda memiliki pas My50 ini, ianya memang jimat kerana anda boleh menaiki mana-mana pengangkutan RapidKL dengan hanya bermodalkan RM50 sahaja.

Pelanggan baharu pas My50 ini perlu mendaftar melalui aplikasi MyRapid PULSE dan mengisi butiran dengan lengkap.

Kemudian setelah permohonan anda diluluskan, kad pas My50 itu boleh diambil di LRT KL Sentral atau Pasar Seni pada 11 November.

Sebelum ini RapidKL juga pernah membuat promosi sama pada September lalu. Jadi kepada mereka yang terlepas tempoh hari, inilah masanya untuk anda merebut tawaran berbaloi ini.

BACA JUGA: Rapid KL’s My50 Travel Pass Is Now Buy 1 Free 1 (Only For A Week!)

BACA JUGA: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!

BACA JUGA: “Bukan Makanan Tapi Najis” – Rapid KL Mohon Penumpang Jaga Kebersihan Ketika Naik Pengangkutan Awam

BACA JUGA: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd