Now Reading
“Bukan Makanan Tapi Najis” – Rapid KL Mohon Penumpang Jaga Kebersihan Ketika Naik Pengangkutan Awam

“Bukan Makanan Tapi Najis” – Rapid KL Mohon Penumpang Jaga Kebersihan Ketika Naik Pengangkutan Awam

Menerusi foto yang dikongsikan, kesan kotoran yang kelihatan seperti sisa makanan itu merupakan najis yang dibiarkan di lantai sebuah bas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengangkutan awam di Malaysia amatlah penting terutamanya di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Hal ini kerana ia dapat menyingkatkan masa perjalanan serta dapat mengelak daripada menempuh kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

Sambutan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini amatlah membanggakan, namun begitu masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab apabila enggan menjaga kebersihan di kawasan sekeliling.

Rapid KL mohon pengguna jaga kebersihan

Susulan itu, Rapid KL menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memohon para pengguna agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga kawasan disekeliling ketika di dalam bas mahupun tren.

“Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan disekeliling ketika berada di dalam bas mahupun tren demi, keselesaan bersama,” tulisnya pada ruangan kaspyen.

Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan seperti kesan makanan kanak-kanak yang dibiarkan berada kawasan lantai sebuah bas.

Sisa kotoran seperti makanan adalah najis

Namun apa yang mengejutkan, Rapid KL menyatakan bahawa kesan kotoran seperti sisa makanan itu sebenarnya adalah najis dan ini merupakan kejadian kali kedua.

“ni bukan makanan ye. Ini adalah najis manusia. Kejadian ini telah dua kali berlaku,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka terhadap segelintir pengguna pengangkutan awam yang tidak mahu menjaga kebersihan di kawasan seperti ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd