Now Reading
[Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak

[Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak

Kekerapan selang tiga minit untuk ketibaan tren LRT telah dilanjutkan kepada setiap lima hingga tujuh minit pada hari bekerja serta hujung minggu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Masalah sistem pengangkutan awam yang lemah di Malaysia bukanlah perkara asing lagi selepas beberapa kejadian pernah berlaku menyebabkan kesesakan di beberapa stesen tren.

BACA JUGA: Kelana Jaya LRT Breaks Down AGAIN, Commuters Enraged At Unreliable Service

Hari ini (15 Jun), situasi yang sama sekali lagi berlaku apabila beberapa netizen berkongsi gambar di mana platform LRT dipenuhi orang ramai sehingga ke eskalator. Keadaan ini bertambah bahaya apabila tiada kawalan yang selamat dilakukan.

Menerusi video dan gambar yang dimuat naik oleh netizen di media sosial, anda boleh lihat tiada langsung ruang untuk berdiri yang membolehkan seseorang keluar dari tren LRT.

Lebih membimbangkan adalah apabila orang ramai dilihat terus menaiki eskalator berkenaan walaupun jelas tiada lagi ruang selamat di platform tersebut.

Jumlah pengguna dipercayai semakin bertambah gara-gara kelewatan tren selama lima minit akibat kerja menaik taraf LRT.

Berdasarkan jadual baharu yang dikeluarkan sebelum ini, kekerapan selang tiga minit untuk ketibaan tren LRT telah dilanjutkan kepada setiap lima hingga tujuh minit pada hari bekerja serta hujung minggu.

Beberapa laluan LRT juga tiba pada sela masa 10 hingga 12 minit.

Netizen yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja meluahkan rasa kecewa dengan tahap kualiti perkhidmatan LRT yang semakin lemah dengan membuat aduan secara atas talian kepada pihak terlibat.

Mereka juga berpendapat bahawa keadaan ini berbahaya sementara menunggu di platform yang sesak kerana tiada pagar yang memisahkan platform dan trek.

Salah seorang netizen mengadu bahawa gaji mereka akan dipotong jika lewat ke tempat kerja. Oleh disebabkan itu, mereka menasihatkan agar kakitangan di stesen berkenaan untuk menghalang orang ramai daripada menaiki eskalator sehingga keadaan kembali pulih.

Bukan sahaja LRT tiba lewat, suhu pendingin hawa di dalam tren juga tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan ramai mempersoalkan mengapa kerja-kerja pembaikan dilakukan pada waktu puncak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd