Now Reading
Kerajaan Akan Ambil Tindakan Jika Pengguna Jalan Raya Salah Guna Laluan Bas Di Kuala Lumpur

Kerajaan Akan Ambil Tindakan Jika Pengguna Jalan Raya Salah Guna Laluan Bas Di Kuala Lumpur

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjelaskan bahawa terdapat dua laluan khas bas setakat ini iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT, BRT dan KTM merupakan salah satu pengangkutan utama rakyat Malaysia untuk menuju ke destinasi mereka di sekitar Lembah Klang.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang enggan menggunakan perkhidmatan ini kerana dikatakan tidak mahu bersesak dengan orang ramai.

BACA JUGA: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak

Pekhidmatan bas juga difahamkan kurang mendapat sambutan kerana segelintir individu mendakwa mereka akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas seperti kenderaan lain juga.


Kerajaan Akan Ambil Tindakan Pemandu Salah Guna Laluan Bas

Memetik Astro Awani, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan pihak kementeriannya akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan bas di sekitar Kuala Lumpur.

Anthony menjelaskan bahawa terdapat dua laluan khas bas yang disediakan setakat ini iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang.

Jika kedua-dua laluan ini berjaya, pihak mereka bercadang untuk menambah lagi laluan khas bas untuk perkhidmatan akan datang.

Sumber: MalayMail

Penguatkuasaan itu dilakukan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas menjadi pilihan utama masyarakat.

Pendekatan saya ialah carrot and stick (ganjaran dan hukuman). Jika carrot (manfaat) tidak menarik mereka, kita akan gunakan stick (penguatkuasaan). Orang ramai tidak berminat menaiki bas kerana terdapat kemungkinan mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana kekerapan bas sukar dijangka. Itulah sebabnya kita berusaha keras memperkenalkan laluan bas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau membuat pengumuman tersebut ketika menghadiri sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2023 dan pelan 2024 di Menara UOA semalam (9 Januari).

Sumber: MalayMail

Sasaran Penumpang Bas Tahun 2024 Lebih Meningkat Berbanding Tahun 2023

Ketika sesi pembentangan yang sama, Anthony berkata pihak kementeriannya telah menyasarkan lebih ramai pengguna bas awam pada tahun ini iaitu sekitar 285,000 orang berbanding tahun 2023 yang berjumlah 241,000.

Sasaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18% itu akan dibuktikan dengan perluasan dua laluan khas bas di Lembah Klang.

Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Ampang dan Jalan Klang Lama ke Jalan Puchong termasuklah di Jalan Burma, Pulau Pinang.

Sumber: MalayMail

Sebelum ini Anthony telah mendedahkan bahawa hanya separuh daripada bilangan keseluruhan bas milik Rapid Bus Sdn Bhd yang beroperasi secara aktif.

Memetik laporan New Straits Times, hanya 900 daripada 1,757 buah bas yang masih berkhidmat berikutan 45% bas yang lain sudah berusia melebihi 10 tahun dan perlu dibaik pulih semula.

Susulan itu, Prasarana akan melakukan naik taraf sebanyak 117 tapak perhentian bas, 11 laluan pejalan kaki dan 15 hab bas pada tahun ini.

Baca Artikel Berkaitan: Dianggarkan Hanya Separuh Sahaja Bas Rapid Beroperasi Secara Aktif – Anthony Loke

Pada masa yang sama, Prasarana juga akan bergerak ke arah penggunaan bas elektrik bermula tahun 2025 sebagai langkah untfuk meningkatkan penggunaan kenderaan hijau, selaras dengan inisiatif Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Baca Artikel Berkaitan: Macam Ke Masa Depan! Perkhidmatan Bas Elektrik Di Sabah Dapat Reaksi Positif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd