Now Reading
Macam Ke Masa Depan! Perkhidmatan Bas Elektrik Di Sabah Dapat Reaksi Positif

Macam Ke Masa Depan! Perkhidmatan Bas Elektrik Di Sabah Dapat Reaksi Positif

Menurut Ketua Kejuruteraan dan Tenaga QSB, perkhidmatan percubaan bas elektrik itu juga bagi menguji ketahanan bateri selain aspek penyelenggaran yang perlu dilaksanalkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pekhidmatan bas elektrik ‘EbusKK’ yang diperkenalkan di Kota Kinabalu, Sabah menerusi operasi percubaan secara percuma pada Jun lalu mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna.

Menurut laporan Harian Metro, EbusKK setakat ini hanya menggunakan sebuah bas yang beroperasi di antara Menara Kinabalu di Likas dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di Sepanggar sejauh kira-kira 15 Kilometer.

Foto: FB Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah

Menurut seorang pengguna EBusKK, Johan Abdul Shukor, 50, dia merasakan inisiatif yang dilakukan anak syarikat kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) itu amat bermanfaat kepada orang ramai.

Umpama perjalanan ke masa depan

Menurut Johan, menaiki perkhidmatan bas elektrik yang pertama di Sabah itu umpama perjalanan ke masa hadapan selari dengan usaha menambah baik sistem pengangkutan awam.

“Perkhidmatannya selesa kerana ruang dalam bas yang lebih luas dan berhawa dingin serta kelihatan lebih moden. Ia umpama perjalanan ke masa hadapan,” katanya yang tidak menyangka bas berkenaan beroperasi menggunakan bateri sepenuhnya.

Foto: FB Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah

Tidak sangka akan dapat merasai pengalaman naik bas elektrik

Menurutnya lagi, selama ini dia hanya mengetahui tentang kwujudan bas elektirk melalui siaran di kaca televisyen dan tidak pernah terlintas di fikiran dapat merasai sendiri pengalaman menaikinya.

Sementara itu, Ketua Kejuruteraan dan Tenaga QSB, Jeremy Kimsin berkata, perkhidmatan percubaan EbusKK itu bertujuan untuk mengumpul maklum balas daripada pengguna dan juga pihak berkuasa.

“Kita juga perlu mendapatkan maklum balas daripada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada seperti bas dan bas mini,” katanya lagi.

Menguji ketahanan bateri dan aspek penyelenggaran

Tambahnya, perkhidmatan percubaan bas elektrik di antara laluan Menara Kinabalu dan Sepanggar itu juga bagi menguji ketahanan bateri yang digunakan untuk mengoperasikan kenderaan berkenaan selain aspek penyelenggaran yang perlu dilaksanalkan.

Terdahalu, media melaporkan Kerajaan Sabah melaksanakan projek perintis bas elektrik pertama dengan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada orang awam sebagai usaha menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.

Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Mohd Shukor Abdul Mumin berkata, perkhidmatan bas elektrik atau dikenali sebagai e-BusKK adalah sebahagian daripada projek perintis selama enam bulan dan orang ramai boleh merasai menaiki kemudahan pengangkutan berkenaan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd