Dianggarkan Hanya Separuh Sahaja Bas Rapid Beroperasi Secara Aktif – Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan 45% bas Rapid yang lain sudah berusia melebihi 10 tahun dan perlu dibaik pulih semula.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Selain pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan KTM, perkhidmatan bas Rapid juga menjadi salah satu pilihan rakyat Malaysia untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain dengan harga yang murah.
Bas Rapid ini juga digunakan sebagai pengangkutan pengantara yang menghubungkan Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya akibat daripada gangguan perkhidmatan di antara kedua-dua stesen berkenaan yang masih belum selesai.
BACA JUGA: LRT Dari Stesen Bandaraya Ke Sentul Timur Kembali Beroperasi Esok, 12 Mei
Anthony Loke Dedah Hanya Separuh Daripada Bilangan Bas Rapid Yang Aktif Digunakan Pada Ketika Ini
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Dewan Rakyat hari ini (7 Jun) mendedahkan bahawa kira-kira hanya separuh daripada bilangan keseluruhan bas milik Rapid Bus Sdn Bhd yang beroperasi secara aktif.
Memetik laporan New Straits Times, hanya 900 daripada 1,757 buah bas yang masih berkhidmat berikutan 45% bas yang lain sudah berusia melebihi 10 tahun dan perlu dibaik pulih semula.

Loke berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang diajukan oleh ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi tentang jumlah bas dimiliki oleh anak syarikat Prasarana Malaysia yang beroperasi setiap hari.
Tambah Loke lagi, Rapid juga sedang dalam usaha untuk menggantikan bas-bas yang sudah lanjut usia dengan bas elektrik dan diesel bermula tahun hadapan menerusi inisiatif Program Elektrifikasi Dan Penggantian Bas.
Langkah ini dilakukan kerana kenderaan yang ada sekarang ini berisiko untuk mengalami kerosakan dan melibatkan jumlah kos yang tinggi untuk membaikinya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Selain masalah berkaitan usia sesetengah bas yang agak lama, isu tentang kekurangan kapten bas juga menjadi faktor pengoperasian perkhidmatan ini tidak dapat dioptimumkan.
Sehingga kini, terdapat 867 kekosongan pekerjaan sebagai kapten bas yang perlu diisi sehingga akhir tahun 2023.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bagi menangani isu ini, pengambilan kapten bas sedang giat dijalankan dengan menambah baik faedah kakitangan melibatkan kenaikan elaun dan gred mereka bagi menarik lebih ramai calon yang berpotensi.
BACA JUGA: Prasarana Tawar Tambang LRT & Bas Percuma Untuk Golongan OKU Sepanjang September Ini
BACA JUGA: Pengguna Bengang Bas Lambat 2 Jam, Tindakan Perakam Marah Pemandu Terima Pelbagai Reaksi Netizen
BACA JUGA: More Shuttle Buses Added Between Sentul Timur And Bandaraya LRT Stations
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.