Now Reading
“Pelitup Muka Tak Wajib Dalam Pengangkutan Awam, Tapi Digalakkan” – Anthony Loke

“Pelitup Muka Tak Wajib Dalam Pengangkutan Awam, Tapi Digalakkan” – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjelaskan bahawa peraturan untuk pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

tak wajib pakai mask anthony loke (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam adalah tidak diwajibkan tetapi digalakkan.

Perkara ini ditegaskan oleh Loke selepas melihat kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Setakat ini, tidak ada kewajipan (memakai pelitup muka semasa berada dalam pengangkutan awam), kita hanya menggalakkan. Jadi, itu terpulang kepada penumpang atau orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Memetik sumber Sinar Harian, beliau menjelaskan bahawa peraturan untuk pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri berkaitan hal ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing)-Malaysia pada hari ini (19 Disember).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. (Sumber: MalayMail)

Kes Covid-19 Masih Dalam Keadaan Terkawal

Semalam (18 Disember), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan status Covid-19 di Malaysia memaklumkan bahawa keadaan terkini masih terkawal.

Beliau juga menjelaskan bahawa fasiliti kesihatan tidak terbeban sejak adanya pengukuhan Pelan Pengurusan Covid-19 KKM.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] KKM Umum 5 Strategi Kesiapsiagaan Untuk Hadapi Peningkatan Kes Covid-19

Selain itu, kerajaan juga tidak bercadang untuk melakukan sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan jumlah kes.

Sumber: Harian Metro

KKM juga telah menyiapkan lima strategi kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan kes berkenaan iaitu:

  1. Pengesanan awal situasi Covid-19 melalui Sistem Amaran Awal atau Heighened Alert System (HAS).
  2. Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek).
  3. Pengurusan dan kawalan kes Covid-19.
  4. Pemerkasaan komuniti melalui komuniti risiko yang berkesan.
  5. Pendigitalan sistem penjagaan kesihatan.

Langkah-langkah Pencegahan Covid-19

KKM dalam masa yang sama turut menyarankan orang ramai untuk:

  • Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan sabun atau pensanitasi.
  • Digalakkan memakai pelitup muka bagi Kumpulan Berisiko Tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah, dan ibu hamil.
  • Mengamalkan TRIIS.
  • Jika bergejala, dinasihatkan untuk berehat di rumah dan elakkan ke tempat tumpuan ramai.
  • Mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan bagi individu positif Covid-19 dan berisio tinggi.
  • Dapatkan rawatan sekiranya gejala bertambah teruk.
  • Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd