[Terkini] KKM Umum 5 Strategi Kesiapsiagaan Untuk Hadapi Peningkatan Kes Covid-19
Walau bagaimanapun, keadaan Covid-19 di Malaysia masih dalam keadaan terkawal setakat ini, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini (18 Disember) menerusi Sidang Media Khas berhubung status Covid-19 di Malaysia telah mengumumkan bahawa pihak Kementerian telah menyiapkan 5 strategi kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan kes berkenaan.
- Pengesanan awal situasi Covid-19 melalui Sistem Amaran Awal atau Heighened Alert System (HAS).
- Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek).
- Pengurusan dan kawalan kes Covid-19.
- Pemerkasaan komuniti melalui komuniti risiko yang berkesan.
- Pendigitalan sistem penjagaan kesihatan.
Paxlovid
Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam masa sama turut memaklumkan tentang ubat Antiviral Paxlovid yang akan diberikan kepada pesakit Covid-19 berisiko tinggi yang memenuhi mana-mana kriteria berikut:
- Berusia 60 tahun dan ke atas.
- Daya tahan badan yang rendah.
- Mempunyai apa-apa komorbid.
- Perokok atau bekas perokok.
- Obesiti.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia juga boleh mendapatkan penilaian perubatan di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid ini.
Terdahulu, Covid19Place menerusi laman X (Twitter @Covid19Place) melaporkan terdapat 20,696 kes Covid-19 dengan 28 angka kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) iaitu dari 10 hingga 16 Disember 2023.
Peningkatan sebanyak 7,939 kes ini berbanding minggu sebelum ini menjadikan kes aktif pada waktu ini menjadi sebanyak 28,375.
Malaysia: Covid19 Update
— Health & Business + Entertainment (@Covid19Place) December 17, 2023
10 Dec – 16 Dec
20,696 new cases (+7939)
28 new deaths (+17)
28,375 active cases (+8,358)
588 Hospitalized (+218)
22 ICU (+1)
14 Ventilator (+1)@DrDzul
WhatsApp: https://t.co/EWjrWuby8l
Telegram: https://t.co/YqYLfhgvXE
Facebook: https://t.co/C1sz8hdFis pic.twitter.com/04cDjwWLH9
Langkah-langkah Pencegahan Covid-19
KKM dalam masa yang sama turut menyaranakan orang ramai untuk:
- Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan sabun atau pensanitasi.
- Digalakkan memakai pelitup muka bagi Kumpulan Berisiko Tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah, dan ibu hamil.
- Mengamalkan TRIIS.
- Jika bergejala, dinasihatkan untuk berehat di rumah dan elakkan ke tempat tumpuan ramai.
- Mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan bagi individu positif Covid-19 dan berisio tinggi.
- Dapatkan rawatan sekiranya gejala bertambah teruk.
- Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.