Sistem Chatbox AI ‘Putri’ Oleh PLUS Bantu Pengguna Lebuh Raya Ketika Waktu Kecemasan
Antara fungsi chatbox ‘Putri’ oleh PLUS adalah maklumat trafik, kadar tol, pertanyaan umum, produk, kemudahan, promosi dan acara, laporan insiden dan lain-lain.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kadangkala apabila berada di atas lebuh raya, pasti terdapat segelintir kalangan pengguna yang mahu mendapatkan maklumat pantas tentang info perjalanan ke destinasi yang dituju.
Sebagai contoh, jumlah caj tol yang bakal dikenakan terhadap pengguna lebuh raya. Bagi membantu kumpulan ini, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak mereka telah memperkenalkan chatbot Plus Texting Realtime Interface (Putri).
Fungsi utama sistem itu disediakan adalah untuk memberi akses kepada pengguna jalan raya bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
Chatbox ‘Putri’ Boleh Diakses Menerusi Aplikasi WhatsApp
PLUS berkata insiatif itu boleh diakses oleh pengguna menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-356 9802 dengan kemampuan berinteraksi secara dwibahasa.
Aplikasi tersebut dipilih untuk menjadi saluran utama kerana ianya lebih stabil dan terkenal kerana mempunyai kadar penggunaan yang tinggi di kalangan orang ramai.
Komunikasi secara langsung dengan chatbox ‘Putri’ juga akan menjadi lebih mudah, pantas dan efisien kerana hanya perlu akses pautan SOS semasa kecemasan tanpa perlu menghubungi talian PLUSLine (1-800-88-000).

‘Putri’ Sudah Kendalikan Lebih Kurang 220,000 Maklum Balas
Dalam masa sama, PLUS menjelaskan bahawa ‘Putri’ merupakan chatbox pertama tersedia dalam industri lebuh raya yang telah diperkenalkan oleh pihak mereka sejak September 2020.
“Ianya merupakan program perisian bercirikan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning) yang menggunakan pemprosesan bahasa untuk berinteraksi secara atas talian melalui teks,” jelas kenyataan berkenaan.
Malah sejak daripada itu, ‘Putri’ berjaya mengendalikan kira-kira 220,000 maklum balas dan perbualan lengkap bersama pengguna mengenai perkhidmatan Plus secara digital.

Fungsi Chatbox ‘Putri’ PLUS
Untuk pengetahuan semua, sistem AI itu memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna termasuklah maklum balas dengan kadar segera untuk maklumat trafik, kadar tol, pertanyaan umum, produk, kemudahan, promosi serta acara, laporan insiden dan lain-lain.
Susulan penggunaan ‘Putri’, petugas di Pusat Pemantauan Trafik (TMC) PLUS kini lebih fokus terhadap panggilan kecemasan dan koordinasi bantuan dengan lebih lancar bagi membantu pengguna lebuh raya yang berada dalam kesulitan.

PLUS Ajak Pengguna Lebuh Raya Untuk Menggunakan Perkhidmatan Sedia Ada
Inisiatif chatbox ‘Putri’ yang dilihat menunjukkan keberkesanan itu mendapat pengiktirafan serta dianugerahkan sebagai Johan bagi kategori Sektor Swasta pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2023 yang berlangsung di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang baru-baru ini.
Malah, ia telah membuktikan komitmen PLUS terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang pantas kepada pengguna lebuh raya.
Justeru, pihak PLUS kini mengajak lebih ramai orang di luar sana untuk berinteraksi dengan penyedia perkhidmatan yang disediakan oleh pihaknya bagi melancarkan perjalanan anda. Antara platform disediakan adalah:
- Chatbox ‘Putri’ di WhatsApp.
- Aplikasi PLUS.
- Laman web [DI SINI].
- Aplikasi X (Twitter @PLUS2U).
- Portal PLUSMiles [DI SINI].
- Facebook PLUS Malaysia [DI SINI].

Tips Keselamatan Jalan Raya
Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi. Antaranya:
- Mematuhi jarak selamat antara kenderaan.
- Memakai tali pinggang keledar.
- Memetahui had laju tersedia di jalan raya.
- Tidak melanggar lampu isyarat.
- Jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Baca Artikel Berkaitan: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: Ini Aksesori Kereta Anda Perlu Elak, Boleh Bahayakan Keselamatan Diri
Baca Artikel Berkaitan: Cermin Lampu Brek Terlampau Gelap Jadi Punca Pengguna Jalan Raya Hampir Kemalangan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram