Now Reading
Kes Acacia: Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah ‘Stalker’, Didakwa Terlibat Isu Kewarasan

Kes Acacia: Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah ‘Stalker’, Didakwa Terlibat Isu Kewarasan

Majistret Sasha Diana Sabtu telah menolak pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh Mohamad Safiq Rosli dan menetapkan tarikh 17 Januari 2024 sebagai perbicaraan penuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam perkembangan terbaharu mengenai kes lelaki yang yang menghendap (stalking) seorang jurugambar wanita bernama Acacia Mardiana Daud, tertuduh telah membuat pengakuan salah di mahkamah pada Jumaat lalu (15 Disember).

Namun, Majistret Sasha Diana Sabtu telah menolak pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh Mohamad Safiq Rosli, 37, apabila pihak pendakwaan membangkitkan isu ketidakwarasan dalam bantahan awal.

Memetik laporan Kosmo, kes berkenaan akan diteruskan dan Majistret Sasha telah menetapkan tarikh 17 Januari 2024 sebagai perbicaraaan penuh bersama tiga orang saksi termasuk Acacia yang akan memberikan keterangan menerusi sidang video.


Tertuduh Miliki Laporan Psikiatri Tidak Waras

Permohonan untuk meneruskan perbicaraan kes ini berlaku apabila Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas membuat permohonan tersebut meskipun Safiq telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang disifatkan bersyarat.

Laporan psikiatri tertuduh oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta menunjukkan suspek tidak waras ketika melakukan kesalahan melibatkan Acacia.

Namun, laporan ini tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan (KK) di mana pemeriksaan kewarasan melalui undang-undang masih belum terjawab.

Tertuduh perlu memenuhi faktor kewarasan mengikut undang-undang dan kewarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas.
Fail TRP

Peguam Wakili Penghendap Acacia Mohon Tertuduh Dibebaskan

Peguam Fithril Hakim Ab Jalil yang mewakili tertuduh juga berkata ia dianggap tidak adil jika anak guamnya dikekalkan dalam penjara dalam keadaan mental yang tidak sihat.

Oleh itu, Fithril membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah untuk membebaskan anak guamnya dari pertuduhan mahkamah berikutan gangguan mental sebelum diarahkan ke hospital mental.

Pihak pendakwaan tahu mengenai keadaan mental tertuduh ketika menyatakan kes ini perlu dibawa untuk perbicaraan. Anak guam akan terus berada dalam penjara dan tiada keadilan untuknya jika kekal di situ.

Peguam Fithril Hakim Ab Jalil.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

‘Stalker’ Acacia Jadi Individu Pertama Didakwa Di Bawah Akta Anti-Menghendap

Mohamad Safiq Rosli yang telah mengekori Acacia sejak lapan tahun lalu akan menjadi individu pertama di Malaysia didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan baharu kerana tindakan menghendap (stalking).

Tindakan menghendap di Malaysia dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Peruntukan perintah Anti-Menghendap dan perlindungan berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Perkara ini menyifatkan tindakan menghendap sebagai gangguan berulang yang bertujuan untuk menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana individu melibatkan keselamatan mereka.

Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Menghendap di Parlimen ini juga disambut baik oleh ramai pihak.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Bakal Jadi Individu Pertama Didakwa Ikut Akta Anti-Menghendap

Baca Artikel Berkaitan: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd