Now Reading
Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Bakal Jadi Individu Pertama Didakwa Ikut Akta Anti-Menghendap

Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Bakal Jadi Individu Pertama Didakwa Ikut Akta Anti-Menghendap

Lelaki berusia 37 tahun yang telah mengganggu Acacia Diana selama lapan tahun akan didakwa di Mahkamah Shah Alam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes melibatkan seorang jurugambar wanita dikenali sebagai Acacia Diana yang sebelum ini mendedahkan dirinya telah diganggu oleh lelaki tidak dikenali selama lapan tahun telah menjadi perhatian ramai.

Lebih membimbangkan lagi, lelaki tersebut telah mengekori Acacia sehingga ke United Kingdom dan menghantar pelbagai mesej serta gambar yang tidak senonoh di media sosial wanita berkenaan.

Susulan itu, Acacia telah membuat laporan polis sebanyak tiga kali dan berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Artikel Berkaitan: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

Artikel Berkaitan: Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu


Lelaki Intip Acacia Diana Jadi Individu Pertama Di Malaysia Akan Didakwa Mengikut Akta Anti-Menghendap

Memetik laporan The Star, seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai telah mengekori Acacia sejak lapan tahun lalu akan menjadi individu pertama didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan baharu kerana tindakan menghendap (stalking).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pagi esok (10 Ogos).

Mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan baharu, menghendap (stalking) ditakrifkan sebagai tindakan gangguan yang dilakukan berulang kali sehingga menyebabkan rasa bimbang dan ketakutan pada keselamatan mangsa.


Acacia Luah Rasa Syukur Selepas Pihak Berkuasa Malaysia Bakal Ambil Tindakan Kepada Lelaki Yang Mengganggunya

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (X) (@ShaFoShizzle), Acacia juga memaklumkan lelaki yang telah mengganggunya selama lapan tahun di dua buah negara bakal didakwa di mahkamah.

Malah, ciapannya yang tular sebelum ini di media sosial dan meraih 16 juta ‘views’ akhirnya telah membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Acacia mengakui ia akan menjadi satu proses yang panjang dan menasihati mangsa-mangsa lain untuk segera membuat laporan dan kekal kuat jika berdepan situasi sama sepertinya.

Walaupun masih belum tamat, tetapi ini adalah langkah yang baik dan kita kena sentiasa positif, Insya-Allah.

Acacia Diana.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Undang-undang Menghendap (Anti-Stalking) Di Malaysia

Di Malaysia, tindakan menghendap baru-baru ini telah dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Peruntukan perintah Anti-Menghendap dan perlindungan berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Perkara ini menyifatkan tindakan menghendap sebagai gangguan berulang yang bertujuan untuk menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana individu melibatkan keselamatan mereka.

Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Menghendap di Parlimen ini juga disambut baik oleh ramai pihak.

Sumber: The Star | Twitter Acacia Diana | Facebook Christina J. Vasagam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd