Now Reading
‘Stalker’ Acacia Dimasukkan Ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Pakar Dapati Tertuduh Hadapi Schizophrenia

‘Stalker’ Acacia Dimasukkan Ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Pakar Dapati Tertuduh Hadapi Schizophrenia

Majistret Sasha Diana Sabtu semalam (17 Januari) telah melepas dan membebaskan Mohamad Safiq yang didakwa menghendap Acacia di bawah Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam perkembangan terbaharu mengenai kes hendap seorang jurugambar wanita bernama Acacia Mardiana Daud, lelaki yang didakwa melakukan kesalahan tersebut telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Memetik Astro Awani, Majistret Sasha Diana Sabtu semalam (17 Januari) telah melepas dan membebaskan tertuduh di bawah Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah selepas menjadi individu pertama dihadapkan atas pertuduhan menghendap di bawah Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan.

Tindakan yang dilakukan oleh bekas perunding pengurusan acara sambilan itu dipercayai dilakukan ketika akal lelaki berkenaan berada dalam keadaan tidak waras.

Mahkamah mendapati disebabkan akal yang tidak waras, tertuduh tidak mengetahui bahawa perbuatannya itu adalah satu kesalahan yang bertentangan dilakukan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

Majistret Sasha Diana Sabtu.

Susulan itu, mahkamah telah merujuk kes tersebut di bawah Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh diperintahkan untuk berada di bawah tahanan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Majistret Sasha Diana turut melaporkan kes ini kepada Sultan Selangor bagi perintah selanjutnya mengikut seksyen pertuduhan yang sama.


Pakar Perunding Hospital Bahagia Ulu Kinta Dakwa Tertuduh Hidap Penyakit Schizophrenia

Sebelum ini, saksi pembelaan yang merupakan pakar perunding psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta iaitu Dr Ian Lloyd Anthony telah melakukan pemeriksaan terhadap tahap kesihatan mental Mohamad Safiq.

Pemeriksaan itu mendapati bahawa tertuduh menghidap penyakit Schizophrenia sehingga menyebabkan dirinya menghadapi pelbagai bentuk delusi cinta atau dikenali sebagai ‘erotomania‘.

Sumber: Berita Harian

Semasa melakukan kesalahan itu, dia (Mohamad Safiq) tidak menyedari perbuatannya adalah satu kesalahan dan dia tidak tahu bahawa perbuatannya menyalahi undang-undang kerana fikirannya tidak waras pada masa itu. Gangguan mental dihadapinya pada waktu pertuduhan adalah lebih kepada berdelusi, dia menghadapi pelbagai bentuk delusi dengan yang paling ketara ialah delusi cinta atau dikenali sebagai erotomania’.

Pakar perunding psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.

Situasi delusi yang berlaku hampir lapan tahun itu membuatkan seluruh kehidupan tertuduh tertumpu kepada kehidupan Acacia dan percaya bahawa mereka berdua mempunyai hubungan romantik, sebaliknya ia hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan.

Delusi ini bermula hampir lapan tahun lalu dan berkembang dalam satu jangka waktu. Dan kerana delusi ini, keseluruhan hidupnya bertumpu kepada kehidupan mangsa. Dia menjadikan satu tugas untuknya mengetahui setiap butiran mangsa seperti kehidupan peribadi dan kerjaya, selain perkara yang disukai dan dibenci.

Pakar perunding psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.
Gambar sekadar hiasan.

Terdahulu, Majistret Sasha Diana Sabtu telah menolak pengakuan bersalah yang dibuat oleh tertuduh Mohamad Safiq Rosli, 37, apabila pihak pendakwaan membangkitkan isu ketidakwarasan dalam bantahan awal.

Permohonan untuk meneruskan perbicaraan kes ini berlaku apabila Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas membuat permohonan tersebut meskipun Safiq telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang disifatkan bersyarat.

Peguam Fithril Hakim Ab Jalil yang mewakili tertuduh juga berkata ia dianggap tidak adil jika anak guamnya dikekalkan dalam penjara dalam keadaan mental yang tidak sihat.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Acacia: Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah ‘Stalker’, Didakwa Terlibat Isu Kewarasan

Baca Artikel Berkaitan: Kes Acacia Diana: ‘Stalker’ Selama 8 Tahun Diperintah Masuk Hospital Bahagia

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Bakal Jadi Individu Pertama Didakwa Ikut Akta Anti-Menghendap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd