Now Reading
Kes Acacia Diana: ‘Stalker’ Selama 8 Tahun Diperintah Masuk Hospital Bahagia

Kes Acacia Diana: ‘Stalker’ Selama 8 Tahun Diperintah Masuk Hospital Bahagia

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas agar tertuduh, Mohammad Safiq Rosli yang didakwa telah mengganggu Acacia Diana dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan psikiatri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada hari ini (10 Ogos), lelaki yang dipercayai menganggu seorang jurugambar wanita bernama Acacia Diana telah menjadi individu pertama di Malaysia yang didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan baharu kerana tindakan menghendap (stalking).

Memetik laporan Kosmo, tertuduh bernama Mohamad Safiq Rosli berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Shah Alam.

Tertuduh telah meluahkan perasaan cintanya kepada Acacia berulang kali sehingga telah menimbulkan rasa kurang selamat kepada mangsa.

Kesalahan itu dikatakan dilakukan antara 15 sehingga 21 Julai 2023.

Susulan itu, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Twitter Acacia Diana

Tertuduh Akan Dihantar Ke Hospital Bahagia Untuk Pemeriksaan Mental

Semasa prosiding berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas turut membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Permohonan itu dibenarkan oleh Majistret Sasha Diana Sabtu bagi membolehkan pemerhatian psikiatri dilakukan terhadap tertuduh.

Dalam pada itu, Zilfinaz menjelaskan bahawa pihak pendakwaan juga tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai kes yang telah melanggar syarat jaminan polis ketika pernah ditahan di United Kingdom (UK).

Dia telah ditangkap di UK pada 4 April lalu dan diberi jaminan polis tetapi tidak hadir ke mahkamah semula pada 2 Jun lalu. Bagaimanapun, tertuduh telah melanggar jaminan yang diberi dan melarikan diri ke Malaysia, sekali gus menyebabkan dia disenarai hitam oleh polis UK.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Peguam Fithril Hakim Ab. Jalil kemudiannya tidak membantah cadangan yang dikeluarkan oleh pihak pendakwaan itu.

Mahkamah telah memutuskan tarikh 7 September sebagai sebutan semula kes selain laporan psikiatri tertuduh didedahkan.

SumberL Fail TRP

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Undang-undang Menghendap (Anti-Stalking) Di Malaysia

Di Malaysia, tindakan menghendap baru-baru ini telah dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Peruntukan perintah Anti-Menghendap dan perlindungan berkuat kuasa pada 31 Mei 2023 di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Perkara ini menyifatkan tindakan menghendap sebagai gangguan berulang yang bertujuan untuk menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada mana-mana individu melibatkan keselamatan mereka.

Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Menghendap di Parlimen ini juga disambut baik oleh ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu

Artikel Berkaitan: Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Bakal Jadi Individu Pertama Didakwa Ikut Akta Anti-Menghendap

Sumber: Kosmo


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd