Now Reading
“Langkawi Sama Seperti Dulu” – Peniaga Mohon Hentikan Isu Pulau Zombie

“Langkawi Sama Seperti Dulu” – Peniaga Mohon Hentikan Isu Pulau Zombie

Persepi Langkawi sebagai ‘pulau zombie’ iaitu tidak dikunjungi pelancong menimbulkan gambaran buruk kepada orang ramai untuk bercuti di situ.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan malah dalam golongan pelancong asing juga.

Untuk info, Langkawi yang juga dikenali sebagai Permata Kedah pernah dianugerahkan sebagai Pulau Percutian Terbaik di Malaysia di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Namun sejak kebelakangan ini, pulau itu menjadi topik hangat masyarakat apabila orang ramai mendakwa Langkawi tidak lagi menjadi destinasi pilihan para pelancong.


Peniaga Mohon Berhenti Sebarkan Langkawi Sebagai ‘Pulau Zombie’

Hari ini (14 November), seorang peniaga di Pulau Langkawi memohon jasa baik orang ramai untuk berhenti mengatakan tempat destinasi tersebut sebagai ‘pulau hantu’ atau ‘pulau zombie’.

Menurut pengusaha Restoran Bamboo Chenang, Mior Johan Johari, isu yang menjadi bualan hangat rakyat di Malaysia pada ketika ini dianggap sengaja menimbulkan kegusaran orang ramai.

Tambah Mior Johan, sektor pelancongan di pulau tersebut masih beroperasi seperti biasa malah mendapat sambutan hangat daripada pelancong pada cuti sambutan perayaan Deepavali Ahad lalu (12 November).

Pengusaha kedai makan itu menegaskan bahawa situasi di mana pelancong dilihat berkurangan ketika hari bekerja adalah sesuatu perkara yang normal dan tidak perlu dilabel sebagai ‘pulau zombie’.

“Normal lah kalau hari Isnin sampai Khamis orang semua kerja, tetapi kalau hujung minggu ramai sahaja yang masuk ke sini.

“Malah semalam (Isnin) pun ada kapal persiaran mewah berlabuh di sini, semua datang makan bayar guna dolar,” katanya.


Istilah ‘Pulau Zombie’ Beri Persepsi Buruk Kepada Para Pelancong

Susulan kekecohan tentang ketiadaan individu berkunjung ke Langkawi, peniaga restoran berkata penggunaan istilah ‘pulau zombie’ akan memberikan gambaran dan persepsi buruk kepada pelancong luar untuk bercuti ke tempat itu.

“Saya harap hentikan isu ini dan kepada yang merancang hendak melancong ke sini kami mengalu-alukan kedatangan anda. Langkawi masih sama seperti dulu,” jelas pengusaha Restoran Bamboo Chenang.

Sementara itu, pengusaha rumah tetamu Langkawi Country Lodge, Norhayati Abdullah berkata dia masih menerima sambutan sama dalam kalangan pelancong asing di tempat peninapannya.

“Tempahan saya juga penuh, ramai sahaja mat saleh yang masuk ke Langkawi. Cuma tidaklah mereka setiap masa berjemur di Pantai Chenang.

“Ini kerana saya menyediakan banyak aktiviti kepada mereka seperti memasak dan berjumpa penduduk kampung untuk mereka lebih mengenali budaya kita,” ujarnya.

Tegas Norhayati, dia turut menerima bilangan pelanggan yang sama sejak beberapa tahun lalu bagi membuktikan Langkawi adalah destinasi pilihan pelancong luar untuk bercuti.

“Mereka sangat memuji keindahan pulau kita, jangan pula kita sebagai masyarakat setempat menjatuhkan gred tempat kita sendiri,” kata Norhayati.


Ini 10 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Boleh Dikunjungi

Kalau anda nak tahu, Pulau Langkawi yang dipenuhi dengan flora dan fauna turut diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark kerana kaya dengan pelbagai ‘hidden-gems’.

Buat anda yang merancang untuk melancong ke tempat itu, di sini kami kongsikan 10 idea tentang lokasi yang boleh kunjungi. Antaranya:

  • Makam Mahsuri.
  • Dataran Helang.
  • Langkawi SkyCab.
  • Underwater World Langkawi (UWL).
  • Pertunjukan bunga api, Pantai Chenang.
  • Kilim Karst Geoforest Park.
  • Muzium Laman Padi.
  • Kompleks Kraf Langkawi.
  • MARDI Agro Technology Park.
  • 3D Art Langkawi.
Sumber: Langkawi Cable Car/Travel with Bender

Baca Artikel Berkaitan: Jom Explore 10 Tempat Best Di Pulau Langkawi. #2 Paling Wajib Pergi!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kosong Weyh!” – Pelancong Terkejut Hujung Minggu Pantai Cenang Lengang, Ramai Dakwa Sebab Mahal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd