Now Reading
Wanita Muslim Ditembak Lepas Jerit ‘Allahu Akbar’ Di Stesen Kereta Api Perancis

Wanita Muslim Ditembak Lepas Jerit ‘Allahu Akbar’ Di Stesen Kereta Api Perancis

Menurut saksi kejadian, wanita yang melaungkan ‘Allahu Akbar’ itu didakwa membuat ancaman kepada orang ramai dengan berkata bahawa “semua orang akan mati.”

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 31 Oktober lalu, seorang wanita tidak bersenjata dilaporkan telah ditembak oleh pihak polis di Perancis kerana membuat satu ugutan sekitar stesen kereta api.

Menurut laporan polis dan pendakwa raya, wanita itu telah mengalami kecederaan dalam insiden menembak itu.

Sementara itu, saksi kejadian menjelaskan bahawa wanita yang memakai tudung tersebut telah melaungkan seruan ‘Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) serta membuat ancaman dengan berkata “semua orang akan mati”.

Oleh kerana berasa bimbang dan mahu menjaga keselamatan orang ramai yang berada di lokasi itu, pihak polis telah bertindak dengan melepaskan tembakan.


Wanita Enggan Ikut Arahan Polis & Ugut Untuk Meletupkan Dirinya

Menurut sumber Berita Harian, pihak polis telah berjaya mengasingkan wanita tersebut di stesen Bibliotheque Francois Mitterrand, Perancis selepas penumpang kereta api melaporkan tentang ancaman yang dilakukan.

Suspek walau bagaimanapun enggan menurut arahan polis dan mengugut untuk meletupkan dirinya.

Dalam pada itu, seorang pegawai polis melepaskan satu das tembakan hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian perut suspek.

Susulan kejadian berkenaan, polis mengesahkan tiada sebarang bahan letupan atau senjata lain ditemui pada wanita badan terbabit.

Sumber: Reuters Via Berita Harian

Pihak Polis Perancis Kini Sedang Jalankan Siasatan Terhadap Wanita Yang Didakwa Mengugut

Selanjutnya, pendakwa raya memaklumkan bahawa dua siasatan oleh pihak polis bakal dijalankan mengenai kes tersebut.

“Satu akan menyiasat tentang tindakan wanita itu manakala satu lagi untuk menjelaskan sama ada polis menggunakan senjata api adalah wajar,” jelasnya.

Perancis kini sedang berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian seperti 13 Oktober lalu berlaku lagi di mana seorang guru sekitar bandar utara Arras maut ditikam bekas muridnya yang beragama Islam.

Bukan itu sahaja, Perancis yang terdiri daripada populasi penduduk Islam dan Yahudi juga berasa bimbang dengan kesan daripada serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu dan tindakan Israel di Gaza pada waktu ini.

Amaran bom yang diterima juga telah mengakibatkan pemindahan berpuluh-puluh penumpang dari lapangan terbang, stesen kereta api dan kawasan pelancong sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Maut & 4 Cedera Akibat Tembakan Rambang Di Bangkok, Suspek Usia 14 Tahun Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tembak Wanita Hamil: Polis Sedang Buru ‘Aimay’ Untuk Bantu Siasatan

Baca Artikel Berkaitan: Ingatkan Monyet, Individu Tembak Rakan Atas Pokok Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd