Kes Tembak Wanita Hamil: Polis Sedang Buru ‘Aimay’ Untuk Bantu Siasatan
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819 atau mana-mana balai polis terdekat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, pada 4 Jun lalu, seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak semasa berada di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta jenis Nissan Cefiro dengan kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.
Pemeriksaan di dalam kereta tersebut telah menjumpai satu kelongsong peluru pada bahagian belakang tempat letak kaki penumpang sebelah pemandu.
BACA LANJUT: Wanita Hamil 7 Bulan Maut Ditembak Pada Bahagian Perut Di Pasir Mas, Kelantan
Pihak Polis Buru ‘Aimay’ Untuk Bantu Siasatan
Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes ini. Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau nama gelarannya ‘Aimay’ berasal dari Kampung Pak Jak, Pasir Mas, Kelantan.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819 atau mana-mana balai polis terdekat.
Kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.
Untuk rekod, mangsa merupakan ibu tunggal tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun. Nenek mangsa, Zawiyah Sulong, 68, berkata, sejak berpisah dengan suami pada Februari lalu ketiga-tiga anak mereka dijaga oleh Farrah Emirah.
Kali terakhir dia bertemu Farrah Emirah adalah pada Jumaat malam (3 Jun), sebelum cucunya itu keluar dari rumah untuk berurut. Arwah juga sempat meminta kain batik sarung selain tertinggal kunci kereta sebelum berpatah balik ke dalam rumah untuk mengambilnya.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.