Now Reading
‘Tour Guide’ Kongsi Pengalaman Kurang Senang Ketika Bawa Pelancong Malaysia Ke Paris

‘Tour Guide’ Kongsi Pengalaman Kurang Senang Ketika Bawa Pelancong Malaysia Ke Paris

Antara kejadian kerap yang berlaku di Paris adalah jenayah seluk saku di dalam pengangkutan awam dan lorong yang berbau hancing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain kota London, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat, Paris juga merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia yang teringin untuk ke kota Paris. Kalau tiba di Paris, memang wajib ya ambil gambar dengan bangunan Eiffel Tower yang menjadi ikonik di Perancis.

Sumber: Murni Azman/TRP

Malah, sebelum ini ada juga rakyat Malaysia yang sanggup datang ke kota Paris bersama isterinya dengan hanya menaiki motosikal meskipun ia mengambil masa kira-kira empat bulan.

BACA JUGA: [Video] Pasangan Malaysia Ambil Masa 4 Bulan Pergi Paris Naik Motosikal

Sumber: TikTok @kapcaipackers

Pemandu Pelancong Kongsi Pengalaman Kurang Best Ketika Bawa Pelancong Di Paris

Di sebalik keterujaan orang ramai untuk ke kota Paris, namun lain pula kisah yang diceritakan oleh seorang pemandu pelancong menerusi bebenang yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (Tag Jones).

Menurut pemandu pelancong ini, dia tidak mahu membuka pakej percutian ke kota Paris yang dikatakan terlalu ‘overrated’ kerana tidak seindah yang disangka oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, dia bersetuju untuk membawa sekumpulan rakyat Malaysia ini ke Paris atas permintaan mereka sendiri meskipun sudah memberi penjelasan tentang keadaan yang bakal terjadi di sana.

Tetapi, dia juga kerap kali memberi peringatan kepada mereka untuk menjaga keselamatan diri dan juga barangan peribadi dengan lebih berhati-hati.

Ketika percutian pada bulan Disember tahun lalu, banyak perkara yang kurang menyenangkan terjadi di Paris. Antaranya:

1. Paris: Kejadian Tembakan Dan Sasarannya Adalah Pelancong

Pemandu Pelancong Dedah Sebab Tak Mahu Tawar Pakej Bercuti Ke Paris
Sumber: The New York Times

Ketika mereka tiba di Paris, kebetulan ia adalah hari yang sama di mana satu kejadian tembakan berlaku dan pelaku menyasarkan para pelancong yang bukan warganegara Eropah.

Dalam kejadian itu, tiga orang dilaporkan maut dan difahamkan ramai pihak polis berada di tepi jalan sambil memegang senjata.

Sekumpulan rakyat Malaysia yang dibawa oleh pemandu pelancong ini juga sudah mula berasa takut.

2.Paris: Kejadian Seluk Saku Di Dalam Pengangkutan Awam

Pemandu Pelancong Dedah Sebab Tak Mahu Tawar Pakej Bercuti Ke Paris
Sumber: Travel + Leisure

Jenayah seluk saku atau ‘pick pocket’ sering menjadi modus operandi penjenayah terutamanya kepada para pelancong sama ada di kawasan terbuka atau dalam pengangkutan awam.

Bagi sekumpulan rakyat Malaysia bersama pemandu pelancong ini, salah seorang daripada mereka telah menjadi mangsa selepas mendapati beg miliknya yang disandang di bahagian belakang badan sudah terbuka luas.

Tetapi pelaku tidak sempat untuk mengambil apa-apa barangan peribadi milik mangsa.

Malah, pemandu pelancong itu sendiri juga berdepan situasi sama tetapi dia berjaya menumpaskan aktiviti seluk saku itu kerana sudah berpengalaman berdepan perkara tersebut sebelum ini.

Difahamkan, pelaku akan naik turun laluan pengangkutan awam itu berulang kali dalam masa sehari untuk mencari mangsa.

3. Paris: Ditengking Oleh ‘Host’ Airbnb Kerana Tiba Awal Di Rumah Inap

Pemandu Pelancong Dedah Sebab Tak Mahu Tawar Pakej Bercuti Ke Paris
Sumber: Numerama

Antara perkara lain yang berlaku adalah ketika pemandu pelancong ini menempah sebuah rumah inap menerusi aplikasi Airbnb buat pasangan yang ingin duduk berdua.

Sebelum membuat tempahan, mereka sempat membaca ‘review’ dan ramai yang bagi lima bintang. Malah tiada langsung komen negatif.

Tetapi ketika ingin check in di rumah inap tersebut, mereka sangat terkejut kerana pemiliknya menengking dengan nada yang benci serta muka bengis kerana datang terlalu awal.

Tidak dinafikan, mereka agak terkejut kerana layanan yang diberikan sangat berbeza dengan ‘review’ yang dibaca sebelum itu.

Mereka mendakwa mungkin layanan agak berbeza diberikan kerana pelancong yang membuat tempahan adalah individu bertudung.

4. Paris: Sistem Di Kaunter Tiket Tren Tidak Berfungsi Dengan Baik

Sumber: Paris By Train

Sistem untuk membeli tiket tren juga dikatakan tidak berfungsi dengan baik kerana pekerja yang bertugas tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Bukan sahaja kad para pelancong, malah kad milik penduduk tempatan juga tidak dapat digunakan.

Jadi, jangan terkejut ya kalau anda tengok ada penduduk tempatan yang dilihat melompat pagar.

Sekumpulan pelancong dari Malaysia ini pun terpaksa menundukkan badan mereka melalui lubang di kaunter tiket untuk membolehkan diri mereka memasuki stesen tersebut.

5. Paris: Staf Kedai Makan Bawa Pelancong Makan Di Tingkat Bawah Bersebelahan Dengan Tandas

Pemandu Pelancong Dedah Sebab Tak Mahu Tawar Pakej Bercuti Ke Paris
Sumber: The Travel Quandary

Setibanya di Paris, mesti ramai yang akan bercadang untuk menikmati hidangan croissant di Perancis.

Namun, berbeza pula pengalaman yang dilalui oleh sekumpulan pelancong ini apabila mereka dibawa oleh staf sebuah restoran ke sebuah meja di tingkat bawah bersebelahan dengan tandas.

Selepas menyedari lokasi meja yang kurang menarik, mereka berniat untuk keluar mencari restoran lain tetapi lain pula yang terjadi apabila staf mereka tiba-tiba marah dan memangil pengurusnya.

Lebih parah, mereka juga diugut dan disuruh untuk bayar setelah menggunakan tandas di restoran berkenaan.

6. Paris: Baju Pelancong Ditoreh Dari Belakang

Pemandu Pelancong Dedah Sebab Tak Mahu Tawar Pakej Bercuti Ke Paris
Sumber: Chloe Johnston Experience

Kejadian lain pula berlaku apabila jaket salah seorang daripada kumpulan pelancong itu telah ditoreh dari belakang. Namun nasib menyebelahi mereka apabila tiada barangan peribadi yang hilang.

Pada tahun 2015 yang lalu, pemandu pelancong tersebut pernah diberi pesanan oleh pemilik rumah inap Airbnb yang merupakan penduduk tempatan di Paris supaya tidak berada di beberapa buah lokasi di Paris selepas jam 6:00 petang.

7. Paris: Susah Cari Tandas Awam Dan Bau Hancing Merata Tempat

Pemandu Pelancong Dedah Sebab Tak Mahu Tawar Pakej Bercuti Ke Paris
Sumber: Secrets of Paris

Nak jumpa tandas awam di kota Paris juga katanya agak sukar dan mungkin ini menyebabkan beberapa kawasan di sana mempunyai bau yang sangat hancing.

Tandas mereka yang agak terhad itu juga dikatakan terlalu canggih sehingga pengguna seterusnya perlu menunggu beberapa minit untuk proses ‘self cleaning’.


Berbaloi Ke Melancong Ke Pergi Paris?

Di akhir perkongsian oleh pemandu pelancong ini, dia merasakan masih ada banyak lagi kota di Eropah yang lebih berbaloi untuk dilawati.

Malah, sekumpulan rakyat Malaysia yang melancong ke Paris bersamanya juga menyatakan bahawa pengalaman mereka di kota itu tidaklah seindah yang disangka.

Walau bagaimanapun, pemandu pelancong berkenaan tidak memaksa orang ramai untuk berhenti melancong ke Paris. Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Yang paling penting, anda perlu pandai menjaga keselamatan diri dan juga barangan peribadi ketika melancong ke Paris.

BACA JUGA: Jodoh Tak Ke Mana, Wanita Ini Tak Sangka Disatukan Dengan Pasangan Di Kota Paris!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd