Now Reading
Gara-gara Ucap ‘Assalamualaikum’, Wanita Di Perancis Ditahan Pihak Polis

Gara-gara Ucap ‘Assalamualaikum’, Wanita Di Perancis Ditahan Pihak Polis

Wanita Muslim itu dikatakan telah memberi ucapan salam iaitu ‘Assalamualaikum’ kepada sekumpulan pekerja di sebuah bangunan sebelum didengari oleh jirannya.

wanita perancis ditahan ucap assalamualaikum

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Unsur Islamofobia di luar negara terutamanya di negara Perancis sebelum ini terserlah apabila kerajaan mereka mengharamkan pemakaian abaya di negara tersebut.

Dalam satu kes terbaharu yang berlaku, seorang wanita warga Perancis telah ditahan hanya disebabkan kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Memetik laporan dari Middle East Monitor, wanita Muslim itu dikatakan telah memberi ucapan salam iaitu ‘Assalamualaikum’ kepada sekumpulan pekerja di sebuah bangunan.

Namun, ucapan salam tersebut telah didengari oleh seorang wanita yang dipercayai jiran kepada warga Muslim berkenaan.


Jiran Buat Laporan Polis Selepas Terdengar Wanita Perancis Ucap ‘Assalamualaikum’

Si jiran kemudian bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis hingga menyebabkan wanita Muslim tersebut ditahan.

Namun, dia hanya ditahan sementara waktu sebelum dibebaskan tidak lama selepas itu.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Anadolu Ajansi)

Menurut pihak berkuasa tersebut, perkara ini mungkin berpunca daripada situasi semasa yang berlaku di Palestin apabila banyak berita tentang pengeboman kejam berlaku melibatkan pihak Palestin dan Israel.

Laporan penahanan wanita beragama Islam itu disahkan oleh wartawan Perancis bernama Widad Ketfi dan peguam kepada mangsa, Nabil Boudi dalam ciapan di laman X (Twitter) menyatakan bahawa anak guamnya mahu memfailkan aduan kerana difitnah.

Hasil semakan kami, ciapan yang dimaksudkan tidak ditemui namun, Nabil ada mengulang siar (repost) satu ciapan berita yang dikongsikan oleh sebuah media tempatan, Cerfia.

Kiri: Gambar asal. Kanan: Gambar yang sudah diterjemah.

Perancis Larang Wanita Muslim Di Perancis Pakai Jubah

Pada 27 Ogos lalu, kerajaan Perancis telah mengharamkan pemakaian abaya bagi umat Islam di sana termasuk murid-murid sekolah bermula penggal persekolahan baharu pada 4 September.

Lebih 300 gadis yang hadir dengan berbaju abaya diminta untuk menukar pakaian jika mahu memasuki premis sekolah.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Anadolu Ajansi)

Namun sebulan selepas pengharaman itu, Perancis telah dilanda serangan wabak pepijat (bedbugs) yang dipercayai memenuhi seluruh kawasan termasuklah tempat duduk di dalam pengangkutan awam, katil, perabot dan sebagainya.

Ada juga netizen yang membuat dakwaan dengan mengaitkan serangan pepijat ini dengan keputusan kerajaan Perancis yang mengharamkan pemakaian abaya bagi umat Islam.

Artikel Berkaitan: Larangan Pemakaian Abaya Di Perancis Dikaitkan Dengan Serangan Wabak Pepijat (Bedbugs)

Artikel Berkaitan: French Bans Abaya In State Schools – But Why?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd