Larangan Pemakaian Abaya Di Perancis Dikaitkan Dengan Serangan Wabak Pepijat (Bedbugs)
Pengharaman abaya untuk pemakaian pelajar Muslim telah bermula pada 4 September lalu selepas diumumkan oleh kerajaan Perancis pada 27 Ogos 2023.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak beberapa minggu lalu, Perancis telah dikejutkan dengan satu wabak yang berlaku di mana kebanyakan kawasan di negara itu diserang oleh haiwan serangga pepijat atau ‘bedbugs’.
Haiwan perosak itu bukan sahaja dijumpai di dalam rumah, malah ia turut ditemui di kawasan tumpuan pelancong pengangkutan awam, pawagam dan lapangan terbang.
Rakaman video menunjukkan situasi terkini di Perancis yang diserang wabak pepijat ini juga telah banyak tular di media sosial.
Meremang bulu roma bila tengok banyak pepijat berkumpul dalam jumlah yang banyak di satu lokasi.
Paris bedbug epidemic is SPREADING🥶🥶🥶🥶👇👇👇 pic.twitter.com/bBjQmdOUA6
— Humanbydesign (@Humanbydesign3) October 4, 2023
Bedbug infestation in Paris, France.
— Dr. George (@GeorgeAnagli) October 3, 2023
pic.twitter.com/TosPmRx51e
Authorities in France have begun a drive to exterminate bedbugs from Paris with the Olympic Games in the French capital approaching. According to a health agency report, bedbugs had infested more than one in ten French households between 2017 and 2022 https://t.co/JfPUY1Lr1R pic.twitter.com/rTgwUBOW4B
— Reuters (@Reuters) October 2, 2023
Apa Tindakan Dari Kerajaan Perancis Untuk Selesaikan Masalah Wabak Pepijat Ini?
Serangan pepijat secara mengejut ini pastinya telah membimbangkan kerajaan Perancis lebih-lebih lagi apabila mereka sedang membuat persiapan bagi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024 pada bulan Julai tahun depan.
Pada masa yang sama, Perancis juga sedang bergelut dengan penganjuran Piala Dunia Ragbi yang berlangsung pada 8 September lalu sehingga 28 Oktober 2023.
Memetik sumber laporan dari 9News, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne bakal bermesyuarat dengan para menteri pada hari ini (6 Oktober) bagi menangani krisis serangan pepijat ini.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Perancis Clément Beaune juga bakal berjumpa dengan beberapa syarikat pengangkutan pada minggu hadapan untuk membuat pelan bagi mengawal dan membasmi haiwan perosak berkenaan.
Sumber Politico pula melaporkan Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau pada Selasa lalu (3 Oktober) telah meminta orang ramai agar tidak panik dengan perkara yang berlaku.
Walau bagaimanapaun, Rousseau mengakui bahawa serangan pepijat ini diibaratkan seperti ‘neraka’.
Bagaimana Serangan Pepijat Ini Boleh Terjadi?
Isu tentang serangan pepijat di Perancis terutamanya di Paris telah menjadi kebimbangan kepada masyarakat seluruh dunia. Malah, ada yang tertanya-tanya jika masalah ini boleh tersebar ke negara lain.
Seorang pakar kawalan haiwan perosak menerusi ciapan di laman x (Twitter @naimpestcontrol) menjelaskan bagaimana serangan pepijat boleh berlaku di Paris.
Antara faktornya adalah:
#1. Acara besar yang berlangsung di Perancis
Paris kini sedang melangsungkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa yang menyebabkan orang ramai bergerak dari satu lokaliti ke lokaliti lain sekitar Perancis.
Perkara ini boleh menjadi faktor utama masalah pepijat mrebak secara meluas di Paris.
#2. Kehadiran pelancong warga asing dan pendatang haram
Apabila banyak acara besar berlangsung, maka kehadiran pelancong asing juga semakin meningkat. Selain itu, kedatangan pendatang haram turut berlaku untuk mencari peluang pekerjaan.
#3.Tempat tumpuan ramai
Boleh dikatakan setiap pengangkutan awam, pawagam, hotel dan restoran di Paris telah diserang dengan masalah pepijat. Pembiakannnya yang sudah merebak ke merata tempat membuatkan kerja-kerja pembasmian menjadi lebih sukar untuk dilakukan dalam skala besar.
#4. Tahap kebersihan
Penjagaan kebersihan yang kurang menjadi perhatian masyarakat di sana boleh menjadi salah satu punca kepada masalah ini. Malah, penggunaan pemakaian tebal disebabkan cuaca di sana juga memudahkan lagi serangga penghisap darah itu melekat pada fabrik.
#5. Bintang peliharaan
Kelonggaran polisi tentang haiwan peliharaan di tempat awam sekitar Paris turut berkemungkinan menjadi punca kepada masalah ini.
#6. Kerintangan racun
Tahap imun haiwan pepijat terhadap racun di sana semakin tinggi dan membuatkan mereka ‘kebal’ dengan racun semburan bisa. Jadi, pihak berkuasa Perancis perlu menghasilkan formula racun yang baharu.
Okey, aku akan ulas skit kenapa Paris dan beberapa lokaliti di Perancis boleh dilanda dengan masalah infestasi bedbug ni dengan teruk dan kesan kpd faktor ekonomi Perancis dan major event yang akan berlansung di Perancis. https://t.co/MJHYIpUJkN pic.twitter.com/z3OyFc1yjT
— Naim AJ Pest (@naimpestcontrol) October 5, 2023
Netizen Mengaitkan Masalah Ini Dengan Keputusan Perancis Yang Mengharamkan Pemakaian Abaya
Di laman X (Twitter), ada juga netizen yang membuat dakwaan dengan mengaitkan serangan pepijat ini dengan keputusan kerajaan Perancis yang mengharamkan pemakaian abaya bagi umat Islam di sana.
Pengharaman itu diumumkan pada 27 Ogos lalu dengan melarang murid-murid sekolah untuk memakai abaya bermula penggal persekolahan baharu pada 4 September.
Lebih 300 gadis yang hadir dengan berbaju abaya diminta untuk menukar pakaian jika mahu memasuki premis sekolah.
Artikel Berkaitan: French Bans Abaya In State Schools – But Why?
Sumber: 9News | Politico | Al Jazeera | X (Twitter @naimpestcontrol)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.