Now Reading
Semua Tahu Air Evian Mahal. Tapi Kenapa?

Semua Tahu Air Evian Mahal. Tapi Kenapa?

Salah satu faktor air Evian mahal adalah kerana sumbernya diambil dari pergunungan Perancis.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menghidangkan jenama air botol Evian.

Hasil perbincangan mesyuarat itu mendapati harga ayam mentah hanya turun sebanyak RM0.20 sahaja dan membuatkan netizen lebih bengang apabila ahli mesyuarat dilihat meminum jenama air mineral yang mahal.

BACA JUGA: “20 Sen Je?” Malaysians Unhappy With PMO’s Fancy New Chicken Price Video

Kebiasaannya, harga air botol mineral boleh didapati dengan harga RM1 ke RM3. Tetapi jenama Evian ini boleh mencecah sehingga RM10.

Agak-agaknya kenapa jenama air Evian ini mahal berbanding yang lain? Mesti ramai yang nak tahu kan?

Jom kami bongkarkan ‘rahsia’ sebenar! Antara sebab mengapa air mineral jenama

Evian agak mahal adalah kerana:

1. Jenama terkenal seluruh dunia

Sumber: Evian

Salah satu sebab jenama ini agak mahal adalah kerana kos pemasaran mereka untuk menjadi kegemaran dalam masyarakat.

Nak jadi jenama yang dikenali bukan senang, jadi syarikat ini mengambil langkah untuk menaja beberapa majlis seperti perlawanan tenis tertua di dunia, Wimbledon dan juga di US Open.

Bila jenama ini muncul dalam perlawanan besar seperti ini, ia akan membuatkan ramai mengenali jenama mereka di serata dunia.

Pergilah mana-mana tempat di dunia, mesti anda akan terjumpa jenama air Evian ini.

2. Kos pengedaran ke seluruh dunia

Sumber: The Jakarta Repost

Bila makan di restoran makanan segera, ada yang tidak berapa gemar memilih minuman bergula. Jadi, air botol mineral Dasani atau Spritzer menjadi pilihan yang lebih sihat.

Tetapi kalau di Perancis, Evian adalah ibarat Dasani di sana. Maksudnya harga jenama Evian lebih murah di negara pembuatannya.

Harganya melambung naik apabila jenama itu diimport ke negara-negara luar.

Nak edarkan jenama dikenali ke seluruh dunia mestilah kena guna sistem yang terbaik juga, betul tak?

3. Botol yang mahal

Sumber: Evian

Air yang mahal mestilah disimpan dalam botol istimewa juga.

Evian menggunakan botol yang diperbuat daripada Polyethylene Terephthalate (PET) yang sangat mudah untuk dikitar semula.

PET adalah bahan poliester yang stabil secara kimia dan membuatkannya lebih selamat untuk digunakan.

Untuk membuat botol 100% menggunakan bahan ini memerlukan proses yang sangat kompleks dan pastinya kos pembuatan JAUH LEBIH MAHAL!

4. Kandungan mineral

Sumber: The Food XP

Jenama Evian kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium. Kalsium boleh menguatkan tulang manakala magnesium pula boleh memberi sumber tenaga kepada tubuh badan.

Air ini juga mengandungi elektrolit yang tinggi dan boleh memberi sumber air kepada badan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai gaya hidup aktif.

Selain itu, Evian juga mengandungi garam (sodium) yang rendah. Jadi, jenama ini mengiktiraf air mereka sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur termasuklah ibu mengandung dan bayi.

Perkara ini turut diiktiraf oleh French Medical Academy pada tahun 1878.

5. Sumber air

Sumber: Evian

Faktor utama jenama ini agak eksklusif adalah kerana sumber air mereka diambil dari pergunungan Perancis dan datang daripada serpihan salji yang mencair di gunung berkenaan.

Air di sumber tersebut dilindungi dan hanya syarikat Danone sahaja diberi kebenaran untuk membotolkan dan menjual air mineral berkenaan.


Okay sekarang mesti ramai yang baru tahu kenapa air Evian ini mahal lain macam. Kalau beg tangan wanita ada jenama eksklusif, air mineral pun ada juga!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twenty + twelve =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd