Now Reading
Ingatkan Monyet, Individu Tembak Rakan Atas Pokok Ditahan Polis

Ingatkan Monyet, Individu Tembak Rakan Atas Pokok Ditahan Polis

Seorang lelaki berusia 54 tahun telah ditembak tanpa sengaja selepas rakannya menganggap dia seekor monyet yang memanjat pokok di kebunnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai kebun sendiri, pasti anda mempunyai masalah untuk menjaga tanaman daripada diserang oleh haiwan-haiwan seperti monyet, tupai serta serangga perosak.

Mana tidaknya, di kebun itulah terdapatnya sumber makanan bagi makhluk-makhluk ini.

Meskipun berasa kecewa tanaman yang telah dijaga selama ini hancur diserang haiwan-haiwan ini, janganlah pula kita bertindak menghukum mereka. Anggaplah sahaja ia sebagai satu sedekah.


Pada hari Selasa lalu (12 September), seorang lelaki berusia 54 tahun telah ditembak tanpa sengaja oleh rakan yang menyangka ianya adalah seekor monyet yang memanjat pokok di kebun. Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah taman di Kerteh, Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan, mangsa telah ditembak oleh rakannya berumur 69 tahun yang menyangka dia adalah seekor monyet ketika dia sedang memanjat pokok manggis di kebun sekitar taman berkenaan.

“Apabila suspek melihat pokok itu sedang bergoyang, dia menyangka ia adalah sekumpulan monyet yang berada di atas pokok lalu melepaskan tembakan,” kata Hanyan.

Susulan itu, mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman selepas disedari oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa yang dikatakan mengalami kecederaan di tangan akibat terkena peluru dilepaskan ke arahnya telah mendapat rawatan rapi di hospital tersebut sebelum dibenarkan pulang.


Pistol Milik Rakan Ditahan Pihak Polis

Selanjutnya, suspek telah ditahan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan lebih lanjut tentang kejadian yang berlaku. Tambahan pula, pistol milik suspek telahpun dirampas oleh pihak berkuasa.

“Suspek didapati tidak memiliki permit atau lesen yang sepatutnya untuk memiliki senjata dan polis sedang berusaha mengenal pasti pemilik senapang patah itu,” kata pegawai polis.

Sehubungan itu, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1990.


Petua Hilangkan Serangga Perosak Di Rumah

Anda selalu stres serangga dan haiwan perosak membiak di dalam kawasan rumah? Jangan risau, ada kaedah untuk menanganinya.

Di sini kami kongsikan beberapa petua mudah untuk anda membasmi makhluk-makhluk ini dalam kediaman kesayangan. Antaranya:

1. Tanam Pokok Penghalau Serangga Agas

Pokok bunga tahi ayam, Lavender dan Geranium memang kelihatan cantik, namun bunga-bunga tanaman ini mempunyai bau yang kuat dan harum yang membolehkan anda menghalau serangga agas yang membiak.

2. Sembur Air Cucian Beras

Kepada mereka yang selalu menanak beras di rumah, jangan buang air beras itu ya! Selain mempunyai nutrisi yang baik untuk kulit muka anda, air beras juga mampu menghapuskan anai-anai daripada terus bersarang pada perabot kayu dalam rumah.

3. Sembur Campuran Cuka, Lemon & Serbuk Cili

Cicak juga merupakan salah satu reptilia perosak yang dibenci orang ramai. Bukan sahaja berasa geli dengan haiwan kotor ini, ia juga berisiko mengakibatkan siling-siling rumah anda kotor kerana tahi dan telurnya.

Cara mudah untuk membasmi cicak adalah dengan menyemburkan campuran air cuka, jus lemon dan serbuk cili pada tempat yang selalu adanya haiwan ini.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda di luar sana.

Baca Artikel Berkaitan: Monyet Sarung Pakaian Pelajar di UUM Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kesian Monyet Datang Ke Dorm, Biar Tidur Atas Katil Buat Ramai Simpati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 19 Juta Tontonan, Video Monyet Senyum Lebar Lepas Dapat Limau Buat Netizen ‘Terpikat’

Sumber: iProperty


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd