Now Reading
[Video] Raih 19 Juta Tontonan, Video Monyet Senyum Lebar Lepas Dapat Limau Buat Netizen ‘Terpikat’

[Video] Raih 19 Juta Tontonan, Video Monyet Senyum Lebar Lepas Dapat Limau Buat Netizen ‘Terpikat’

Comel pula tengok monyet itu tersenyum lebar lepas dapat buah limau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila terjumpa haiwan seperti monyet, kebanyakan daripada kita mesti akan lari sepantas yang boleh.

Mana tidaknya, sebelum ini pernah berlaku kes apabila haiwan tersebut menyerang beberapa individu di tempat awam. Sampai bayi kecil pun tercedera!

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Momen Diserang Monyet Liar Hingga Bayi Jatuh Dari Stroller

Namun, lain pula yang dibuat oleh seorang rider penghantar makanan ini apabila berjumpa dengan monyet di tepi jalan.

Siap bagi buah limau

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (Areonn Woon), dia dilihat menghulurkan beberapa biji buah limau kepada beberapa ekor monyet di jalanan.

Kebetulan pula ada beberapa biji buah limau di dalam kotak penghantar makanan itu di belakang motosikal.

Sumber: Majalah PaMa

Ketika lelaki ini menghulurkan buah limau berkenaan, pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh sekumpulan monyet tersebut. Ada yang takut-takut untuk ambil dan ada juga yang lepas ambil terus lari.

Walaupun video tersebut baru sahaja dimuat naik dua hari lalu, tetapi sudah berjaya meraih 19.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Warganet terhibur tengok monyet senyum

Tetapi, ada seekor monyet ini yang telah membuatkan ramai netizen terhibur melihat gelagatnya.

Monyet berkenaan dilihat tersenyum lebar selepas menerima buah limau yang diberikan oleh rider tersebut. Comel betul!


Ini apa yang anda patut tahu tentang monyet

Nota: Sebenarnya kita tidak boleh memberi makanan kepada monyet.

Mungkin kita sudah terbiasa memberi makanan kepada haiwan jalanan seperti kucing dan burung. Tetapi kita tak boleh berbuat demikian kepada monyet.

Ada sebabnya.

Menurut kajian, perbuatan memberikan makanan kepada monyet boleh menyebabkan spesies haiwan tersebut mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi kepada manusia bagi mendapatkan sumber makanan.

Bila monyet sudah terbiasa diberi makanan daripada manusia, spesies ini boleh tiba-tiba bertindak liar sekiranya manusia tidak memberikan mereka makanan.

Sumber: Vox

Ini bukan sahaja membahayakan keselamatan manusia, malah menyebabkan keupayaan untuk monyet tersebut berdikari semakin berkurang.

Selain itu, perbuatan memberi makanan kepada monyet juga telah menyebabkan gangguan kepada tabiat semula jadi mereka untuk menjadikan buah-buahan serta bintang kecil dalam kitar pemakanan.


Jadi seelok-eloknya, elakkan budaya memberi makan kepada monyet yang anda terjumpa di tepi jalan atau di mana-mana kawasan.

Ini demi keselamatan diri dan juga haiwan berkenaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd