Now Reading
Anak Perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Ditemui Maut Dalam Kediamannya

Anak Perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Ditemui Maut Dalam Kediamannya

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menegaskan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu sehingga selesai siasatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kejadian tidak diingini telah dilaporkan berlaku kepada anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail di kediaman mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah.

Memetik Harian Metro, mangsa yang berusia 14 tahun itu telah ditemui dalam keadaan berlumuran darah di biliknya sekitar jam 12:42 tengah hari semalam (16 April).

Difahamkan, pihak polis kemudiannya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 1:22 petang.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku selepas mangsa menjumpai sebuah pistol milik Dzulbaharin yang dikatakan tertinggal di rumah ketika hari kejadian sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketika perkara ini berlaku, Dzulbaharin sedang berada di pejabatnya di IPD Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. (Sumber: Sinar Harian)

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain turut mengesahkan kejadian yang berlaku dan memaklumkan bahawa kes berkenaan masih dalam siasatan.

Ketika kejadian, bapa mangsa pula berada di Kinabatangan, Sabah, atas urusan perpindahan rumah kerana baru berpindah selepas dinaikkan pangkat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Mangsa Ditemui Oleh Kakaknya

Berita Harian melaporkan bahawa individu pertama yang menjumpai mangsa adalah kakaknya yang berusia 16 tahun.

Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa adalah satu-satunya individu yang menemui adiknya itu terbaring di dalam bilik berkenaan selepas pulang dari sekolah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu bahawa proses bedah siasat ke atas mangsa akan mula dilakukan sekitar jam 9:00 hari ini (17 April) dan juga sedang mengumpul kesemua saksi bagi mengambil keterangan berhubung kejadian.

Susulan itu, Razarudin meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd