Now Reading
Kepala Kanak-kanak 3 Tahun Disepit Antara 2 Pokok Sebelum Dibunuh Dengan Kejam Di Lahad Datu

Kepala Kanak-kanak 3 Tahun Disepit Antara 2 Pokok Sebelum Dibunuh Dengan Kejam Di Lahad Datu

Sebelum kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu dibunuh, dia dipercayai keluar bermain sebelum dilaporkan hilang.

kanak-kanak 3 tahun maut dibunuh di lahad datu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (12 Mac), satu insiden ngeri dilaporkan berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati di kawasan semak berhampiran Kampung Panji, Lahad Datu, Sabah.

Menurut orang awam yang menemui mayat tersebut, mangsa dijumpai dalam keadaan berdarah dan kepalanya tersepit di antara dua belah pokok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Azmir Abdul Razak memaklumkan pihak mereka menerima laporan daripada orang ramai berhubung kejadian sekitar jam 3:50 petang.

Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dibunuh dengan sangat kejam oleh suspek.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati bahawa kanak-kanak adalah dari suku Palauh dan ketika ditemui, mangsa mempunyai cedera luka di bahagian kepala, kedua-dua belah tangan dan juga kaki kiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Azmir Abdul Razak.

Tambah beliau lagi, tangan sebelah kanan mangsa telah diikat menggunakan tali. Bukan itu sahaja, kepalanya juga dicederakan menggunakan alat tajam serta terdapat kesan torehan di kedua-dua belah tangan dan kaki kiri.

kanak-kanak-3-tahun-maut-dibunuh-di-lahad-datu-1
Sumber: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, ibu mangsa dalam lingkungan 20 tahun memberitahu bahawa anaknya itu keluar bermain tetapi mula risau apabila mangsa tidak balik semula ke rumah.

Oleh kerana bimbang dengan keselamatan anaknya, ibu mangsa meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa kali terakhir dilihat pada pukul 12:00 tengah hari pada 11 Mac dan ibu mangsa telah berusaha mencari di sekitar kampung. Sekitar jam 3:00 petang, ibu mangsa dimaklumkan anaknya ditemui di kawasan semak di Kampung Panji.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Azmir Abdul Razak.

Kanak-kanak Tiga Tahun Mati Dibunuh: Suspek Telah Ditahan Oleh Pihak Polis

Susulan kejadian itu, seorang lelaki warga asing berusia 30 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kerana dia dipercayai individu terakhir ditemui bersama mangsa.

Suspek warga asing itu didapati positif dadah dan dipercayai kurang siuman.

Turut ditahan adalah ibu bapa suspek yang juga warga asing yang berusia dalam likungan 20 dan 30 tahun.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA JUGA: Mayat Manusia Dikerat 7 Dalam Bagasi Telah Dibunuh 12 Jam Sebelum – PDRM

BACA JUGA: Warga Emas Dipercayai Mati Dibunuh Di Ipoh


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd