Now Reading
10 Botol Bahan Kimia Tumpah Di IPG Gara-gara Kucing

10 Botol Bahan Kimia Tumpah Di IPG Gara-gara Kucing

10 botol bahan kimia jenis ‘Sodium Dihydrogen’ tertumpah di bilik makmal IPG Kampus Pulau Pinang, Persiaran Tunku Kudin disebabkan seekor kucing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes tumpahan bahan kimia sering dilaporkan berlaku di bilik makmal dan kilang. Kalau anda nak tahu, tumpahan tersebut boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan seseorang.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara gejalanya adalah seperti loya, muntah, sesak nafas, sakit di bahagian dada dan sebagainya.

Jika anda terdedah dengan bahan kimia berkenaan, adalah dinasihatkan untuk mandi dan mencuci pakaian secara berasingan bagi mengelakkan ia terkena pada permukaan kulit.


Kucing Punca Tumpahan Bahan Kimia Di IPG Kampus Pulau Pinang

Semalam (10 Oktober), Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil kerana berlakunya satu insiden tumpahan bahan kimia di bilik makmal Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, Persiaran Tunku Kudin.

Difahamkan, kejadian yang berlaku disedari oleh seorang pembantu makmal sebelum wanita itu bertindak menghubungi talian kecemasan.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fauzian Izzuan Abdullah, pihaknya telah dihubungi mengenai kes tersebut pada jam 4.48 petang.

Sehubungan itu, seramai 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Bayan Baru telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati berlaku tumpahan bahan kimia daripada botol yang pecah di dalam bilik makmal itu,” kata Fauzian.

Hasil siasatan mendapati botol bahan kimia telah dijatuhkan oleh seekor kucing yang menyelinap masuk ke dalam bilik itu sebelum ia disedari oleh pembantu makmal.

Menurut kenyataan pembantu makmal, semua kelas yang dijadualkan sudahpun tamat dan tiada individu atau aktiviti dijalankan di dalam makmal berkenaan.


10 Botol ‘Sodium Dihydrogen’ Tumpah Di Bilik Makmal

Pihak bomba dalam masa sama mendapati tumpahan bahan kimia itu membabitkan 10 botol bahan kimia jenis ‘Sodium Dihydrogen’ yang mempunyai kandungan keseluruhan sebanyak 500 mililiter (ml).

Susulan kes tersebut, pasukan penyelamat telah mengosongkan dan memastikan tiada individu berada di dalam bangunan tersebut.

“Selepas mengenal pasti jenis bahan kimia yang tumpah, pasukan bomba kemudian melakukan proses nyah cemar sebelum memastikan keadaan bilik makmal benar-benar selamat,” jelas Fauzian.

Operasi pembersihan dilaporkan tamat pada jam 6.47 petang.

Sumber: JBPM Via Harian Metro

Baca Artikel Berkaitan: Bau Bahan Kimia/Terbakar Di KL Sejak Malam Tadi? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Pencemaran Sungai Damansara Berlaku Selepas Buih Putih & Bau Bahan Kimia Dilihat Di Sekitar Ara Damansara

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Pencemaran Plastik Boleh Jadi Penyebab Dapat Penyakit

Sumber: Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd