Lelaki Dedah Pencemaran Plastik Boleh Jadi Penyebab Dapat Penyakit
Pencemaran plastik boleh berlaku apabila ikan termakan sampah-sarap yang dibuang ke dalam laut atau sungai.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sekarang ini ramai yang mula keluar melakukan aktiviti dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan di kawasan alam sekitar seperti di sungai dan air terjun.
Bila makin ramai yang keluar beraktiviti, tak terkejut sangatlah bila sampah-sarap pun makin banyak juga.
Ada bekas makanan, botol kaca dan yang paling menjijikkan adalah lampin kanak-kanak yang berisi najis.
BACA JUGA: Orang Awam Gotong-Royong Bersihkan Alor Lempah. Memang Terbaik!
Sampah yang dibuang merata-rata tempat boleh mencemarkan ekosistem haiwan di lautan termasuklah ikan.
Ada plastik dalam perut ikan
Jangan terkejut bila terjumpa plastik dalam ikan.
Sampah-sarap di sungai atau lautan boleh menyebabkan haiwan ini keliru dengan makanan sebenar mereka. Sebab itulah ada yang termakan plastik bungkusan makanan.

Perkara ini turut membimbangkan seorang personaliti TV iaitu Hazeman Huzir apabila dia memuat naik tweet di laman Twitter miliknya berkaitan perkara ini.

Keadaan ini dikenali sebagai pencemaran plastik yang berpunca daripada sampah yang dibuang ke dalam laut.
Kemudian, sampah yang dimakan akan diserap dalam badan ikan berkenaan.

Beberapa kajian juga mendapati ada jenis makanan laut yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung supaya bayi dalam kandungan tidak terdedah dengan pencemaran plastik serta merkuri.

Malangnya, memang wujud segelintir individu yang langsung tidak rasa bersalah membuang sampah ke tempat yang tidak sepatutnya.
Harapnya individu seperti ini tidak ‘membiak’ dengan lebih ramai. Risau sekiranya sampah itu akan diserap dalam badan ikan dan mengganggu sistem pembiakan manusia.

Hazeman juga sempat memetik ayat daripada Surah Yunus iaitu “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.”
Kita tak sedar mungkin sampah yang dibuang merata-rata itu menjadi punca kita mendapat penyakit tidak diingini.

Berikutan itu, Hazeman memberi nasihat kepada orang ramai supaya membuang sampah ke tempat yang sepatutnya.

Warganet kecewa ramai yang suka buang sampah merata-rata
Hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan warganet turut meluahkan rasa kesal dengan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.
Sampai ada yang ingatkan keluarga mereka disantau gara-gara terjumpa serpihan botol plastik dalam badan ikan.



Bayangkan generasi akan datang nanti terpaksa berdepan dengan pencemaran plastik yang lebih dahsyat jika kita tak bendung daripada sekarang.
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga alam sekitar dengan cara membuang sampah ke dalam tong sampah.
Kalau tak jumpa tong, simpan dulu sampah dalam beg. Okay?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.