Now Reading
Pencemaran Sungai Damansara Berlaku Selepas Buih Putih & Bau Bahan Kimia Dilihat Di Sekitar Ara Damansara

Pencemaran Sungai Damansara Berlaku Selepas Buih Putih & Bau Bahan Kimia Dilihat Di Sekitar Ara Damansara

Penduduk yang prihatin juga menyatakan bahawa ada ikan mati di sungai pada keesokan harinya.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Penduduk di sekitar Sungai Damansara telah menimbulkan kebimbangan mengenai sungai yang mungkin tercemar dengan bahan kimia setelah buih putih dan bau aneh dilihat muncul pada minggu ini.

Dalam laporan Malay Mail, penampakan buih pertama berlaku pada 1 Mei di belakang PPR Subang. Seorang penduduk menyedari permukaan sungai itu dilapisi dengan buih putih yang begitu banyak dan ada bau kimia yang serupa dengan pembersih longkang.

Buih berwarna putih menutupi hamparan besar Sungai Damansara sekitar tengah malam pada 1 Mei. (Screenshot dari @bijibiji.initiative/Instagram)

Sejumlah ikan dilihat mati di Sungai Damansara pada keesokkan harinya

Screenshot dari @bijibiji.initiative/Instagram

Rakaman sungai yang berbuih dan tercemar kemudian dikongsi oleh syarikat sosial – Biji-Biji Initiative ke media sosial dengan persoalan:

Pencemaran Sungai Damansara. Kami perlukan jawapan.

“Ini tidak wajar dan ini tidak selamat. Siapa yang mempunyai jawapan dan siapa yang bertanggungjawab? ” baca kapsyen.

Penduduk yang menyedari pencemaran itu sebenarnya adalah pengarah Taylor’s Me.reka Makerspace, William Koong yang terkejut dengan apa yang dilihat.

Ini memang kacau… Inilah yang masuk ke sistem air kita ketika kita sudah menghadapi masalah air dan inilah yang akan masuk ke dalamnya.

William Koongs melalui Biji-Biji Initiative.

Dalam komen video tersebut, William mengesahkan bahawa dia sudah membuat laporan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Namun, ketika Malay Mail memanggil pihak MBPJ, seorang jurucakap memberitahu bahawa mereka tidak dapat memberikan sebarang komen kerana pengurusan sungai berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sungai Damansara adalah sungai di Selangor yang mengalir dari Sungai Buloh ke Shah Alam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × 5 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd