Now Reading
Tony Fernandes Cadang Jadikan ‘Santan’ Sebagai Penyedia Makanan MAS

Tony Fernandes Cadang Jadikan ‘Santan’ Sebagai Penyedia Makanan MAS

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes mempertimbangkan untuk menjalin usaha sama dengan MAG bagi membeli 70% pegangan yang tidak dimiliki oleh syarikat tersebut.

tony fernandes malaysia airlines santan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines dan penyedia makanan mereka, Brahim’s Food Services (BFS) telah menamatkan kerjasama katering selama 26 tahun dalam penerbangan tersebut pada 31 Ogos yang lalu.

Susulan itu, Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) bermula 1 September 2023.

Dalam tempoh peralihan ini, penumpang Malaysia Airlines dibenarkan untuk membawa hidangan sendiri bagi laluan yang terjejas dengan penyediaan hidangan istimewa.

Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Benarkan Penumpang Bawa Makanan Sendiri Untuk Laluan Penerbangan Yang Terjejas


Tony Fernandes Mahu Bekerjasama Dengan Malaysia Airlines Sebagai Penyedia Makanan Menerusi Katering ‘Santan’

Memetik sumber News Straits Times, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan pihak mereka bersedia untuk menawarkan makanan di dalam kapal terbang bagi penumpang Malaysia Airlines menerusi katering AirAsia iaitu Santan.

Beliau juga kini sedang mempertimbangkan untuk menjalin usaha sama dengan MAG bagi membeli 70% pegangan yang tidak dimiliki oleh syarikat tersebut selepas menamatkan kontrak bersama BFS.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes. (Sumber: MalayMail)

Ia adalah satu idea yang bernas jika usaha sama untuk membeli 70% itu, tetapi tiada sesiapa yang menghubungi kami. Saya akan mempertimbangkan usaha sama dengan. Kalau mereka mahu, apa salahnya?

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Tony berpendapat jika AirAsia dan Malaysia Airlines bekerjasama, pelbagai perniagaan yang boleh dilakukan bersama dan dapur ‘Santan’ juga boleh dibawa ke merata tempat seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: Team TRP Cuba Menu Baru Santan Untuk Lunch. Sedap & Berapi!

Artikel Berkaitan: Santan Muncul Dengan ‘Nasi Lemak On-The-Go’, RM4.90 Je!

Artikel Berkaitan: Santan Muncul Dengan Menu Baharu Ramadan. Siap Ada Nasi Lemak Goreng!


Capital A Sudah Lama Berhasrat Untuk Bekerjasama Dengan Malaysia Airlines

Tambah Tony lagi, Capital A sudah sekian lama berhasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia Airlines menerusi Santan sebelum syarikat penerbangan tersebut dan BFS menamatkan kontrak.

Sumber: Siti Murni/TRP

Kami sudah memaklumkan kepada Malaysia Airlines bahawa kami mampu untuk menjadi penyedia makanan kepada mereka sejak dahulu lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Dalam pada itu, Fernandes turut mempertikaikan BFS yang telah memonopoli pasaran katering bagi syarikat penerbangan meskipun terdapat katerer makanan yang lain seperti Santan dan Pos Aviation Sdn Bhd.


Perkembangan Terkini Tentang Penyediaan Makanan Bagi Penumpang Malaysia Airlines

Dalam tempoh peralihan ini, penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines tetap akan diberikan makanan serta minuman.

Bagi penumpang yang berada dalam penerbangan laluan pendek (domestik), mereka akan diberikan makanan berbungkus manakala makanan yang disemak semula akan ditawarkan untuk penerbangan yang lebih lama.

Oleh itu, pihak MAB menasihati para penumpang mereka yang terjejas untuk mengemas kini butiran di laman web menerusi ruangan ‘Tempahan Saya’ bagi memastikan mereka menerima butiran kemas kini melalui e-mel serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sumber: News Straits Times | Malaysia Airlines


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd