Now Reading
Santan Muncul Dengan ‘Nasi Lemak On-The-Go’, RM4.90 Je!

Santan Muncul Dengan ‘Nasi Lemak On-The-Go’, RM4.90 Je!

Direka khas untuk mereka yang sibuk dengan aktiviti harian, Nasi Lemak On-The-Go dibungkus dalam bentuk piramid, berbeza dengan bentuk bungkusan yang biasa sebelum ini, tetapi dengan rasa hebat yang tetap sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (27 Julai), Santan iaitu restoran pertama di dunia milik syarikat penerbangan yang menyajikan makanan dalam pesawat di restoran dan terkenal dengan hidangan nasi lemaknya melancarkan menu khas terbaharu.

Menu tersebut iaitu nasi lemak bungkus yang dipanggil ‘Nasi Lemak On-The-Go’ diperkenalkan dengan harga istimewa RM4.90 sahaja.

Direka khas untuk mereka yang sibuk dengan aktiviti harian, Nasi Lemak On-The-Go dibungkus dalam bentuk piramid, berbeza dengan bentuk bungkusan yang biasa sebelum ini, tetapi dengan rasa hebat yang tetap sama.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Ianya membolehkan pelanggan menikmati hidangan kegemaran ramai ini pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan cepat dan mudah. 

Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan sememangnya terkenal di seluruh ASEAN – terutamanya dalam penerbangan AirAsia.

Hidangan klasik Malaysia ini terbuat daripada bahan utama nasi dan santan yang dikukus dan disajikan bersama sambal yang sederhana pedasnya, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng rangup dan telur rebus sebagai pelengkap.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Santan AirAsia menawarkan pelbagai variasi nasi lemak yang berbeza, membolehkan pelanggan memilih lauk kegemaran untuk dipadankan dengan sajian nasi lemak mereka.

Selain sajian menu tempatan, Santan baru-baru ini juga telah menambah menunya dengan memasukkan hidangan popular dari Indonesia iaitu Nasi Padang dan variasi hidangan burger dengan sentuhan tempatan.

Sejajar hasrat Santan untuk menyediakan sajian untuk semua, hidangan-hidangan ini boleh dinikmati dengan harga bermula dari hanya RM9.90 untuk menu a la carte.

Dunia mungkin telah berubah disebabkan pandemik tetapi satu perkara yang tidak pernah berubah adalah komitmen kami di bawah jenama AirAsia untuk sentiasa memberikan nilai dan perkhidmatan terbaik pada kos terendah. Pasukan Santan AirAsia akan terus berusaha untuk berinovasi, berevolusi dan meningkatkan penawaran terbaik kami kepada para pelanggan. Nasi Lemak Pak Nasser kami bukan sahaja menu Santan yang paling popular, tetapi juga mungkin merupakan sajian Nasi Lemak paling banyak terjual di Malaysia, baik dalam penerbangan mahupun di restoran. Secara purata, restoran kami menjual kira-kira 1,000 hidangan Nasi Lemak dalam sehari, dan ianya dijangka meningkat empat kali ganda kepada 4,000 sajian sehari bagi setiap kedai menjelang 2026. Dengan hidangan kegemaran ramai Ayam Goreng Berempah yang turut dipertingkatkan, saya pasti Santan akan terus menjadi penyedia Nasi Lemak pilihan ramai.

Catherine Goh, Pengurus Besar Santan AirAsia.

Ciri ‘Snap & Earn’ Di airasia Super App Membolehkan Pelanggan Menerima Dua Kali Ganda Mata Ganjaran.

Bersempena dengan pelancaran ‘Nasi Lemak On The Go’ ini, sebanyak 12,000 pelbagai hidangan Santan AirAsia akan disediakan secara percuma melalui airasia food, selain 1,000,000 mata ganjaran dari airasia rewards.

Dengan menggunakan fungsi “Snap & Earn” di  airasia Super App, pelanggan akan mendapat dua kali ganda mata ganjaran secara automatik (12 mata ganjaran airasia untuk setiap RM1 yang dibelanjakan) bagi semua pembelian di Santan AirAsia dari 27 Julai hingga 31 Oktober 2022.

*Tertakluk kepada terma dan syarat*


Untuk rekod, sejak pembukaan pada 2019, Santan kini mempunyai 11 cawangan di seluruh Lembah Klang.

Pelanggan boleh berkunjung ke restoran Santan AirAsia yang terletak di AEON Shah Alam, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, NU Sentral, Setia City Mall, Sunway Pyramid dan RedQ (ibu pejabat AirAsia), manakala Kafe Santan AirAsia terletak di The Gardens MidValley, RedQ dan RedStation (ibu pejabat AirAsia Super App) di KL Sentral.

Semua hidangan Santan AirAsia disahkan Halal, dihasilkan dan dibungkus secara bersih mengikut keperluan keselamatan makanan yang ketat. Ia boleh ditempah melalui ikon “Food” di aplikasi airasia Super App atau laman web airasia.com/food serta platform penghantaran lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd